Nuffnang

WAJIB BACA : Salah Satu Kebanggaan Mahathir Yang Tak Ramai Tahu!!!


Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna walau sehebat mana dia di mata manusia lain. Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu menggalas tugas selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan membuat keputusan untuk membeli 88 buah jet pejuang Skyhawks ‘usang’ (25 jet Syhawk A-4C dan 63 jet Skyhawk A-4L) bagi kegunaan skuadran tempur udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Bekas Pegawai Penyiasat TUDM, Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Haniff berkata, setiap satu pesawat bernilai US$1 juta (nilai 1980-an) dan kerajaan membelanjakan tambahan US$232 juta lagi untuk membaikpulih rangka, enjin dan sistem pesawat yang digunakan Amerika Syarikat ketika era peperangan di Vietnam.

Daripada 88 pesawat Skyhawk, 54 diubahsuai bagi tujuan ‘combat’ dengan satu tempat duduk, 14 pesawat dengan dua tempat duduk bagi tujuan latihan dan selebihnya kata Abdul Rahmat bagi membekalkan alat ganti.

Ujarnya, 40 pesawat diserahkan kepada Malaysia dengan nama A-4PTM bermula pada 23 Februari 1985 dan semenjak tarikh berkenaan Dr Mahathir melancarkan Skuadran No.6 TUDM menggunakan pesawat Skyhawk sungguhpun pada waktu berkenaan negara dihimpit krisis ekonomi.

“Tetapi ianya tidak menghalang kerajaan untuk membeli dua lagi pesawat pada 1985 bernama Grumman HU-16B Albatross yang merupakan pesawat laut bagi kegunaan TUDM. Secara kebetulan, Grumman adalah kontraktor yang membaikpulih A-4PTMs untuk Malaysia.

“Menariknya, pesawat Albatross diletakkan di bawah Skuadran No 2 yang merupakan skuadran komunikasi VIP. Kali terakhir Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) menerbangkan Albatross adalah pada 1973, penerbangan terakhir Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) pada 1976 sementara kali terakhir Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) menerbangkan Albatross pada 1976.


“Kita membeli sepasang (Albatross) pada 1985 tetapi pada 1987 saya tidak pernah nampak ianya terbang lagi. 466 (Albatross) dibina semenjak 1949 dan pesawat terakhir dibina pada 1961. Tidak mungkin kita membeli dua pesawat baru,” katanya dipetik blognya, Seademon Says.

“Jadi adakah salah Najib Razak mahu membantu meningkatkan ekonomi Amerika Syarikat tetapi tidak salah bagi Mahathir melakukan perkara sama pada 1984. Saya tertanya-tanya ekonomi siapalah meningkat ketika membeli kapal terbang terpakai itu?”

Tambah Abdul Rahmat lagi, Malaysia membayar US$320 juta untuk membeli 88 pesawat tetapi cuma 40 buah sahaja diterima dan apabila kerajaan memutuskan untuk menjual baki 48 pesawat yang masih belum diterima, TUDM diminta untuk menunjukkan bukti pembelian pesawat berkenaaan.

Sementara TUDM memiliki 40 pesawat yang diterima inventorinya, selebihnya sudah dibayar tanpa menerima sebarang resit – ianya US$174.72 juta nilai pembelian pesawat tanpa bukti pembelian.

“Malah jika 48 pesawat itu tidak dinaiktaraf, ianya masih bermakna US$48 juta nilai aset pertahanan menggunakan duit RAKYAT (pinjam frasa Pakatan) tidak mempunyai resit yang mengatakan ianya milik kita,” kata Abdul Rahmat lagi.


Share this article

1 Komen:

  1. apa ada hal ? mesti mahathir kata dia tak tahu pun pesawat tu dah tak boleh digunakan dan dia akan menafikan bahawa dia yang menjalankan 'deal' jual beli tu ... kita tunggu dia nak salahkan siapa yang menjalankan urusniaga tu

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top