Nuffnang

BERKERAT ROTAN : PAS Sanggup Merangkak Kepada Allah Daripada "Dicium" Mahathir!!!


Kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sukar dilakukan kerana mereka berpakat dengan parti yang menentang prinsip PAS, kata ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata kerjasama antara mereka tidak mungkin berlaku walaupun Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad “mencium kaki” pemimpin PAS, dalam cubaan membentuk pakatan pilihan raya.

Ini kerana sebarang pakatan dengan PAS perlu menguntungkan Islam secara keseluruhannya.

“PAS meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat akhir dalam perjuangannya. PAS rela merangkak demi mendapat keredhaan Allah.

“Itu lebih mulia daripada berkawan dengan orang yang sanggup mencium kaki orang lain semata-mata untuk berkuasa.

“Inilah beza PAS dengan yang lain. Tun M boleh jadi masih tidak faham prinsip ini,” katanya ketika dihubungi.

Afnan mengulas tempoh sebulan yang diberikan Dr Mahathir kepada PAS untuk menentukan jika ia mahu membentuk pakatan bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Sebelum ini juga, Dr Mahathir memberi tempoh kepada PAS untuk menyertai Pakatan Harapan (PH), namun ditolak PAS memandangkan PH dianggotai DAP dan Amanah.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan Dr Mahathir jangan bersikap “sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk” ketika membincangkan kerjasama dengan PAS.

Katanya, cara itu tidak akan berjaya “memujuk” PAS untuk kembali menyertai pakatan pembangkang.

Sementara itu, Afnan turut menjawab andaian Dr Mahathir mengatakan prestasi PAS akan terjejas sekiranya parti itu menyertai pilihan raya umum nanti sebagai blok ke-3 atau jika berlaku pertandingan 3 penjuru.

“Bagi PAS, kita berpegang kepada prinsip. Pihak yang benar walaupun jumlahnya sedikit, mampu menewaskan musuh yang ramai, dengan izin dan redha daripada Allah. Sejarah Islam pernah membuktikannya.”

Katanya, PAS yakin dapat mencapai prestasi lebih baik pada PRU14 kerana kajian menunjukkan mood pengundi Melayu sedang beralih kepada PAS melalui pendekatan “Budaya Politik Matang Sejahtera”.

“Walaupun pertembungan 3 penjuru sudah menjadi hampir pasti, PAS yakin dengan jumlah kerusi yang akan dimenangi kelak, tiada mana-mana pihak yang dapat bentuk kerajaan tanpa PAS.”

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top