Nuffnang

CARI PENYAKIT : Hantar Gambar Kemaluan Kepada Isteri Orang!!!


Seorang lelaki dipenjara sebulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menghantar gambar kemaluan dan ayat berunsur lucah kepada isteri orang.

Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu pada Jumaat lepas ke atas seorang penganggur, Abdul Rahim Mohd Abas, 34, selepas dia mengaku bersalah menghantar gambar dan ayat berunsur lucah kepada wanita berusia 31 tahun itu melalui telefon bimbit miliknya.
Dia melakukan kesalahan itu di sebuah apartmen, di Wangsa Maju di sini, pada 7 Jan lepas, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap pada 9 Jan lepas dan akan dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Terdahulu, Nur A’minahtul Mardiah menegur Abdul Rahim yang kelihatan teragak-agak dan ragu-ragu ketika ditanya mengenai latar belakangnya semasa rayuan bagi meringankan hukuman.

“Tunjuk kemaluan pandai, jawab soalan tak pandai,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa menerima gambar kemaluan seorang lelaki melalui telefon bimbit daripada nombor yang tidak dikenali dan memaklumkan kepada suaminya.

Suami mangsa kemudian meminta tertuduh untuk berjumpa di LRT Setiawangsa sebelum menangkap dan menghantarnya ke balai polis.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal dengan alasan perbuatan tertuduh telah menjejaskan ketenteraman awam dan menyebabkan trauma kepada mangsa.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top