Nuffnang

PANJAT IPOH : Kes Kedua Mencabar Pihak Keselamatan Dan DBI?


Majlis Bandaraya Ipoh akan mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang memanjat papan tanda “Ipoh” di tepi Lebuhraya Utara Selatan di Simpang Pulai, sebaik sahaja polis menyelesaikan kes sekumpulan remaja yang membuat aksi serupa di Jalan Kuala Kangsar.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata pihaknya menghormati siasatan yang sedang dijalankan polis ke atas sekumpulan remaja terbabit sebelum membuat sebarang tindakan terhadap lelaki berkenaan.

“Saya tahu ini kes ke-2, kita sudah buat laporan polis bagi kes pertama, kena hormat polis yang sedang buat siasatan.

“Jadi tidak sesuai untuk pihak kami membuat sebarang kenyataan mengenai insiden terbaharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Baru-baru ini, seorang lelaki memanjat dan berswafoto di atas papan tanda Ipoh di tepi Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Simpang Pulai dan memuat naik gambar di laman sosial Instagram pada malam Sabtu.

Ini merupakan kejadian ke-2 selepas 8 remaja melakukan aksi sama dan ada antara mereka berbaring di dalam buaian yang dipasang pada kerangka yang menampung huruf besar pada ketinggian melebihi 20 meter di Jalan Kuala Kangsar awal bulan ini.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top