Nuffnang

VIRAL : Lelaki Beri Duit Raya Pada Jurutol Dari Gemas Ke Pendang


SIAPA yang tak suka kalau dapat duit raya kan? Pendek kata, yang muda dan tua semua mahukannya.
Begitulah yang dirasai oleh beberapa jurutol yang tersenyum lebar setelah mendapat duit raya dari seorang lelaki ini.

Lelaki bernama Hadi Hilman ini mengambil inisiatif memberi duit raya untuk menghargai jurutol yang berpenat lelah bertugas ketika musim perayaan.

Video perbuatannya itu sekali gus menjadi viral dan perbualan hangat netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen turut memuji idea dan usaha yang dilakukan Hani.

Menerusi video tersebut, Hadi telah memberi duit raya kepada lima orang jurutol yang dilalui sepanjang perjalanan dari Gemas, Negeri Sembilan ke Pendang, Kedah.

Pada masa yang sama, Hadi turut mengajar pengguna jalan raya yang lain sama-sama menghulurkan duit raya kepada jurutol yang bertugas di hari raya.

Mana tahu, sumbangan kita yang kecil, besar maknanya pada seseorang. 

– MYNEWSHUB.CC
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top