Nuffnang

BERSENDIRIAN : Benarkah PAS Bakal Kalah Teruk PRU 14?


Pas dijangka akan ditolak rakyat jika terus memilih untuk bergerak sendirian. Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ia berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang lalu. “Pengaruh Pas di Selangor terbatas. 
Jika Pas tidak bersama Pakatan Harapan atau bersendirian pada PRU akan datang, mereka mungkin akan ditolak rakyat dan tiada dalam Kerajaan Selangor pada masa akan datang. 

“Kalau Pas bergerak sendiri dan bertanding di semua kawasan misalnya, undi akan berpecah dan ini akan menguntungkan BN," katanya kepada Sinar Harian. Namun menurutnya, jika Pas mendapat bantuan Umno, Pas akan lebih kuat menyaingi Pakatan Harapan. 

"Cuma Umno dan BN perlukan kompromi untuk bekerjasama kerana Pas tidak akan bekerjasama dengan BN jika ia tidak menguntungkan. “Saya rasa Pas tak akan bergabung dengan Pakatan Harapan. Tapi, apa pun boleh jadi dalam politik. Jika BN atau Pakatan Harapan mahu bekerjasama dengan Pas, perlulah berkompromi dengan tuntutan Pas,” katanya. 

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman berkata, Pas harus membuat keputusan sama ada ingin bersama pakatan pembangkang atau BN memandangkan mereka sukar untuk berdiri bersendirian. 

“Ini kerana setiap kali pilihan raya pastinya berlaku persaingan tiga penjuru dan ia pasti beri kelebihan kepada BN. 

“Berdasarkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pas bukan ingin memerintah tapi berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan,” katanya. 

Beliau berkata, langkah seterusnya yang lebih logik dan strategik adalah penggabungan semula Pas dan Umno seperti sebelum ini. “Ia pasti akan mengukuhkan kedudukan kerajaan BN dan politik Melayu Islam secara keseluruhannya. “Kedudukan Pas di Selangor pun menjadi tanda tanya kerana pada masa sama, Pas bersaing dengan Pakatan Harapan dalam pilihan raya baru-baru ini,” katanya. 

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top