Dalam ramai-ramai individu, pastinya reaksi dan maklumbalas Anwar Ibrahim dinanti-nantikan oleh pemerhati dan pemimpin politik terhadap hasrat Tun Mahathir untuk menubuhkan parti politik baru. Pelbagai jangkaan atau ramalan telah dibuat mengenai reaksi Anwar ke atas tindakan terbaru bekas "seteru utamanya" itu.
Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara melihat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk sebuah parti baru untuk menentang Umno dan BN sebagai positif.
Beliau juga berpendapat bahawa adalah penting bagi parti-parti pembangkang untuk bersatu dan percaya parti baru seperti yang dicadangkan oleh Mahathir itu akan diterajui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kami sedang menunggu keputusan Muhyiddin kerana beliau akan menentukannya.
"Kami bersedia bersama mereka. Saya fikir ini adalah perkara yang positif," kata Anwar ketika ditemui di mahkamah hari ini.
Anwar juga menegaskan kepentingan untuk parti-parti pembangkang bekerjasama dan memuji cadangan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya mereka mengadakan ‘gencatan senjata’.
Sebelum ini, Anwar menulis sepucuk surat ‘pedas’ yang memberi amaran kepada pemimpin PKR mengenai bahaya bekerjasama dengan bekas perdana menteri itu.
Mahathir memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.
Sekiranya benar, ini bakal jadi titik tolak kpd satu perkembangan yg baik, semuga membawa kpd gabungan aliran2 politik utama dlm negeri.......aamiiiin.
BalasPadamSe penyamun dgn si penyengak. Mahathir dgn Anwar. Sudah2lah dgn perbuatan memecahbelahkan org melayu.
BalasPadamKalau macam tu, lupakan sejenak rancangan "Anwar Ibrahim For PM". Kalau parti baru dah ditubuhkam, maka gabungan pembangkan akan menjadi lebih besar justeu agenda kepimpinan negara juga perlu berubah. Mahathir dan kuncu-kuncunya tak akan benarkan Anwar jadi PM. Itu sudah pasti.
BalasPadam