Nuffnang

HINA AIDILFITRI : MP DAP Dipanggil Bukit Aman!!!


Selepas beberapa laporan polis dibuat, Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming akan hadir ke Bukit Aman pada Isnin depan bagi membantu siasatan ke atas dirinya berhubung karikatur menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dimuat naik di laman Facebook.
Kor Ming mengakui dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan dan merayu supaya isu membabitkan akaun Facebooknya tidak dipanjangkan.

“Demi membantu siasatan polis, saya akan hadir ke Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman minggu depan, jadi tak perlu panjangkan perkara ini, hormati siasatan polis,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, pada Rabu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini memaklumkan, polis menerima beberapa laporan polis terhadap entri Facebook Kor Ming dan siasatan sudah dimulakan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948.

Kor Ming minggu lalu didakwa memuat naik dua status bergambar yang menyamakan pemberian duit raya sebagai ‘dedak’ selain mengucapkan Selamat Hari Raya berlatar belakangkan bendera Amerika Syarikat dengan tangan berdoa berimejkan rumah api yang merupakan simbol agama Kristian.

Beliau bagaimanapun menafikan memuat naik posting berkenaan dan mendakwa menjadi mangsa fitnah politik.
Share this article

1 Komen:

  1. org ternama setakat panggil je lah.. kalau marhain dah lama ke dlm..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top