Nuffnang

AMARAN SULTAN : Tamparan Buat Azmin Sebagai Menteri Besar?


Apa akan terjadi seterusnya kepada Azmin Ali? Selepas "diketepikan" untuk hadir bersama atau mengiringi Tuanku dalam majlis-majlis rasmi kerajaan Negeri, kejadian ini pastinya menambah "kekalutan" hubungan antara Menteri Besar Selangor dengan pihak Istana.
Pengerusi sebuah masjid di Selangor mungkin akan dipecat kerana mengizinkan wakil rakyat bukan Islam masuk ke ruang solat masjid itu baru-baru ini.

Malay Mail Online memetik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Haris Kasim sebagai berkata, pengerusi yang tidak dinamakan dalam laporan itu akan dipecat.

Beberapa hari lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kekesalan dengan nazir masjid yang membenarkan ahli politik bukan Islam menjalankan program politik dalam premis masjid.


Dalam kes ini, pengerusi masjid berkenaan mengizinkan Leong ke dalam ruang solat masjid semasa majlis berbuka puasa Sabtu lepas.

Leong menafikan memberi ucapan berbaur politik dan berkata sekadar mengagihkan sumbangan dan mengucapkan jemaah “selamat berbuka”.

Haris memberitahu portal berita itu, pemecatan akan disampaikan kepada nazir tersebut.

Nazir masjid adalah bertugas menyelia operasi harian masjid dan dilantik Majlis Agama Islam Negeri.

Menurut Garis Panduan Penggunaan Masjid dan Surau di Negeri Selangor 2010, bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke ruang ibadat masjid atau surau di negeri Selangor, untuk sebarang aktiviti, menurut laporan itu.

Mereka yang melanggar peraturan itu boleh didakwa di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) dan boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Apakah ini juga petanda bahawa Azmin juga semakin hilang "kuasa dan cengkaman" dalam PKR dan Pakatan Harapan tatkala Rafizi Ramli kini dilihat "lebih dekat" dengan Anwar? Atau ini sekadar perangkap Azmin dan Anwar untuk usaha "penyucian" Pakatan Harapan?
Share this article

4 Komen:

  1. Selamat Hari Raya admin....ingatkan admin cuti bukak blog....adalah pulak..best.mcm ni.klau tak boring..kita raya hanya sehari....sepatutnya lahkan...nak buat mcmana...orang kat Malaysia ni raya sebulan...

    BalasPadam
  2. Pasal hal di atas perkara ni dah berlarutan sejak pembangkang berkuasa di Selangor.. Dah cheifnya Dap...Khadamnya Pkr dan Pas...so faham2 jerlah

    BalasPadam
  3. Rakyat Selangor perlu berusaha untuk keluar dari dasar menindas kafir harbi ni. Ye perlu singkirkan pakatan harapan yg jelas x boleh diharap untuk mensejahterakan rakyat. Sebaliknya mereka hanya mengkayakan dan mensejahterakan deri mereka sendiri sahaja.

    BalasPadam
  4. Di Jakarta sudah menjadi kebiasan masjid masjid mengundang Ahok untuk menghadiri berbagai upacara dan beliau memberi ucapan termasuk yang melibatkan agama Islam. Ini bermakna orang Islam Indonesia lebih maju dan kedepan jika dibandingkan dengan orang Melayu Malaysia.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top