Nuffnang

AMEKKAU!!! Rafizi Ditahan Polis Di Parlimen


Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Ahli Parlimen pandan itu ditahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen rahsia. Setiausaha Agung PKR Pandan Rafizi Ramli dikatakan ditahan oleh polis di pintu pagar bangunan Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin yang menyaksikan penangkapan itu berkata, beliau melihat sejumlah 15 anggota polis sedang menunggu untuk menangkap Rafizi.

“Saya berada di belakang kereta Rafizi sewaktu beliau ditahan. Saya melihat Rafizi diarahkan untuk keluar dari kereta dan diiring untuk masuk ke kereta polis.

“Saya keluar dari kereta saya untuk bertanya polis sebab penahanan tetapi beliau hanya memberitahu polis lain untuk meneruskan tugas tanpa menjawab soalan saya,” katanya

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Zin mengesahkan bahawa Rafizi dibawa ke Bukit Aman, walaupun ada khabar angin mengatakan beliau dibawa ke IPD Dang Wangi.

Sebelum ini Rafizi mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa bahawa ia membuktikan hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pendedahan maklumat sulit itu diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Rafizi turut berkata beliau bersedia untuk memberikan kenyataan mengenai perkara itu kepada jabatan siasatan jenayah komersial.

Beliau juga menyatakan kesediaan direman kerana mendedahkan dokumen bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), dengan syarat Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut dilayan sama.
Share this article

2 Komen:

  1. TAK SEMPAT LARI KE KEDUTAAN TURKI KE? ALAHAI SOTONG....

    BalasPadam
  2. Syukur....Alhamdulillah kurang sorang munafik di kalangan bangsa Melayu....kenapa rafizi munafik...bila bercakap dia bohong..bila berjanji dia mungkir...bila di beri amanah dia tong sampahkan malah dia khianat...tahu tak dalam Islam orang munafik tempatnya lebih hina dan lebih dalam ketika di neraka berbanding orang kafir...kenapa orang kafir kita namapk dan tahu mereka ni memang kafir ...tapi orang munafik ni macam Islam ..macam baik ..macam jujur..tapi sebenarnya mereka ni berpura pura....antara yang dah nampak ...rafizi....si sotong

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top