Nuffnang

LAPORAN PANAMA : Anak Najib Nafi Sebarang Salah Laku


Datuk Nazifuddin Mohd Najib, salah seorang anak perdana menteri, telah mengesahkan penglibatan beliau dengan dua syarikat yang berpangkalan di Kepulauan Virgin British (BVI) tetapi menafikan sebarang salah laku dalam perkara tersebut.
Dalam respons beliau terhadap dokuman 'Soalan Lazim Ditanya' berkaitan dengan kebocoran yang digelar sebagai "Panama Papers' baru-baru ini, Nazifuddin berkata beliau pernah memegang jawatan pengarah dalam dua syarikat - Jay Marriot International dan PCJ International Venture Limited.

Nazifuddin, bagaimanapun berkata beliau tidak lagi terbabit dalam kedua-dua syarikat itu yang telah diperbadankan oleh frima guaman di Panama, Mossack Fonseca.

Nazifuddin berkata beliau adalah salah seorang daripada dua pengarah dalam Jay Marriot pada 2009 tetapi telah memindahkan semua sahamnya kepada pengarah yang lain - kakak Ch'ng Soon Sen - dan meletak jawatan pada tahun 2011.

PCJ International pula telah ditubuhkan pada tahun 2012 bersama dengan pemaju Megat Daniff Zaharudin. Syarikat itu telah ditutup setahun kemudian, dan Nazifuddin berkata tiada transaksi perniagaan telah dibuat.

Menurutnya, adalah menjadi perkara biasa bagi pihak-pihak tertentu untuk mengambil kesempatan daripada kebocoran itu, seperti membayangkan berlaku salah laku, dan katanya lagi ia bukan mengejutkan bahawa ada yang mempolitikkanya sebagai sebahagian daripada percubaan biasa untuk melancarkan kempen mencemar.

Tiada sebarang urus niaga yang dibuat dalam masa beliau terlibat dalam kedua-dua syarikat tersebut, kata Nazifuddin dalam catatan di Facebooknya.

Nazifuddin juga menegaskan bagaimana tiada salah laku dibayangkan oleh Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ), yang telah melakukan siasatan bersama dengan akhbar berpangkalan di Jerman, Süddeutsche Zeitung
Share this article

3 Komen:

  1. Udah lah anak Nagib. Ko ingat kita ni percaya ka apa yang ko cakap tu??? Ko tu sama saja macam mak bapak tiri ko tu, tahu nak bohong saja.....habih dikencingnya satu negara.....hancing....

    BalasPadam
  2. Aku percaya pulak...

    BalasPadam
  3. YANG SUSAH NAK PERCAYA NI PUAK AL BANGKANGANG. HATI DAH HITAM MUDAH TERCEMAR....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top