Nuffnang

BANGKAI TIKUS DALAM SOS - Pengusaha Tolak Dakwaan


PERAI - Seorang pengusaha sos cili di sini menolak dakwaan terdapat bangkai tikus di dalam bekas sos keluaran kilangnya yang terletak di Taman Nagasari. Pengurus Kilang Ghee Hin Chan Food, Khoh Liak Teng berkata, kilangnya amat menitikberatkan aspek kebersihan dalam ruangan membuat sos cili ini.
“Peralatan di sini semuanya akan diselenggarakan mengikut waktu tertentu. Begitu juga dengan ruang membuat sos. Kita akan sentiasa pastikan ia berada dalam keadaan bersih.

“Sos dibuat dengan kaedah elektronik iaitu ketika proses sos dimasukkan ke dalam bekas," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut mengenai penemuan bangkai seekor tikus dalam bekas sos keluaran kilang itu oleh seorang individu di Tikam Batu katanya, perkara ini adalah sesuatu yang mengecewakan pihaknya.

“Setahu saya, sepanjang 30 tahun kami beroperasi belum pernah lagi menerima aduan sebegini.

“Saya merasakan ia seolah-olah satu tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk jatuhkan perniagaan kami," katanya.

Malah menurutnya, tiga minggu lalu, jabatan kesihatan turut membuat pemeriksaan di kilangnya itu dan hasilnya amat positif.

“Mereka berpuas hati dengan keadaan persekitaran dan ruangan memproses di kilang ini.

“Malah, produk kami juga diperakui halal oleh pihak berwajib yang datang memeriksa," katanya.

Liak Teng berkata, pihaknya kesal kerana perkara itu tidak diadukan terus kepada pihaknya.

“Pada saya, sepatutnya individu tersebut terus menghubungi kami untuk memaklumkan kejadian yang berlaku dan bukannya menghebahkan terlebih dahulu tanpa mengetahui hal sebenar.

“Kami bila-bila masa saja sedia memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak termasuk individu yang mendakwa menemui bangkai tikus tersebut. Dia juga bila-bila masa boleh datang sendiri ke kilang ini untuk tengok proses pembuatan sos,” katanya.

Bertapak hampir 30 tahun dalam industri pembuatan sos, Liak Eng berkata, kilang yang diusahakan bersama adiknya merupakan hasil titik peluh bapanya.

“Syarikat ini warisan daripada mendiang ayah, dia mengamanahkan kami untuk uruskan kilang ini dengan sebaiknya. Sebelum ini kami beroperasi di Jalan Mengkuang, Bagan dan sekitar tahun 90-an kami berpindah ke sini.

“Pada saya, apa sahaja yang diterima seharusnya kita menyiasat cerita sebenar terlebih dahulu. Kami amat menitik berat soal kebersihan dan halal, lebih-lebih lagi pelanggan kami juga terdiri daripada pelbagai bangsa serta agama,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
Share this article

1 Komen:

  1. Aku dah lama boikot peniaga2 atau pengusaha2 macam ni...bantu pengusaha Bumiputera lagi puas hati!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top