Nuffnang

HEBAT!!! Tian Chua Jadi "Ustaz" Pertahankan Dosa-Dosa Mahathir


Wow.....sekelip mata kau berubah Tian Chua. Demi kuasa dan politik, segala-galanya dilupakan begitu sahaja. Apatah lagi dengan "tazkirah" tahap mahadewa kononnya apa yang dilakukan Mahathir selama ini langsung tidak meninggalkan kesan kepada pembangkang atau mana-mana pemimpin yang "dizalimi". Mudah sungguh orang politik ni kan?
Dosa dan kesalahan lampau yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mentadbir negara selama 22 tahun merupakan urusan beliau dengan Tuhan, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua

Beliau berkata, pembangkang mahu melupakan peristiwa lampau dan memberi fokus kepada masa depan negara menerusi usaha menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, keutamaan pembangkang ketika ini ialah memastikan kejayaan Deklarasi Rakyat.

“Bukan Mahathir yang penjarakan saya tetapi sistem yang dipanggil Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA), satu sistem yang menekan kita. Oleh kerana itulah kita sering melaungkan tukar sistem bukan tukar orang.

“Ini semua bukan soal Dr Mahathir. Jika anda kata beliau seorang yang jahat, sekarang beliau sudah letak jawatan. Sepatutnya keadaan negara menjadi lebih baik tetapi ia tidak berlaku.

“Sekurang-kurangnya orang tua ini mendengar suara rakyat untuk berundur. Beliau mengaku pernah membuat salah tetapi itu adalah urusan beliau dengan Tuhan,” katanya

Tian Chua berkata, pembangkang mahu Najib berundur dan menukar sistem kerana Perdana Menteri itu bertanggungjawab dalam banyak skandal dan telah merosakkan nama negara di mata dunia.

Ahli Parlimen Batu itu menjelaskan, serangan terhadap Najib bukan peribadi tetapi Najib telah melakukan banyak kesilapan dan perlu berundur untuk kebaikan negara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang dari AMANAH, Hanipa Maidin berkata, fokus pembangkang sekarang bukan kepada Dr Mahathir kerana beliau tidak lagi berkuasa.

“Lebih penting sekarang ini beliau sedia bekerjasama dengan pembangkang untuk Selamatkan Malaysia dan menyingkirkan Najib. Ini lebih penting,” katanya. - SUMBER

TIADA PEMBAHARUAN - ANWAR TEMPELAK DEKLARASI

Deklarasi 'Selamatkan Malaysia' gagal untuk menangani pembaharuan institusi bagi menolak perubahan kepimpinan persekutuan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, bekas pemimpin pembangkang yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat berkata masa depan Malaysia hendaklah ditentukan oleh rakyat, bukannya oleh golongan 'elit' di negara ini.

Anwar sebelum ini telah menyatakan sokongan terhadap pergerakan itu yang telah diketuai oleh bekas musuhnya yang juga bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, serta pemimpin kedua-dua parti politik dan masyarakat sivil.

"Golongan elit tidak boleh terlibat dalam permainan untuk cuba menentukan perjalanan atau masa depan negara. Ia mestilah dibuat dengan pilihan rakyat, pilihan demokratik," kata Anwar kepada pemberita di luar Mahkamah Tinggi, Isnin.

"Oleh itu, ia mesti berbalik kepada demokrasi dan tadbir urus institusi, yang seolah-olah masih kurang walaupun dalam deklarasi itu, isu kebebasan, perubahan badan kehakiman, kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan keperluan untuk mempunyai pembaharuan institusi.

"Bukan sahaja perubahan personaliti," katanya.

Hmm....Patutlah dalam 2-3 kali himpunan atau acara "utama" gerakan yang diketuai Tun M tidak kelihatan Wan Azizah dan ahli keluarganya. Rupa-rupanya Anwar "tidak bersetuju" Tun M diangkat mengetuai gerakan itu. Ternyata dendamnya tidak pernah dan tidak akan padam terhadap Mahathir. Hanya Tun Mahathir sahaja yang terdesak untuk merealisasikan impiannya melihat Mukhriz sebagai Perdana Menteri Malaysia di penghujung usianya.
Share this article

6 Komen:

  1. Bukannya apa....asalkan mamak kerala tu terbabit, bererti yang hendak dijadikan PM Boneka adalah anaknya, mukheriz.
    DAP, PKR dan PAN dengan hati terbuka menyokong sebab bila mamak tua tak sedar diri ni mampus, senang lah dorang panggang anak botak bodoh si mamak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau takpe.... tapi masalahnya ramai yg tahu tapi buat-buat tak tahu... haru

      Padam
    2. ramai yang tahu....dan ramai yang tahu kalau menyokong DAP, PKR dan PAN ibarat menjual negara ni...ishhhh...jangan biarkan DAP, PKR dan PAN memerintah....bahaya

      yang penting bukan DAP, PKR dan PAN dan juga bukan NAJIB dan sekutu ....tu penting....tak gitu admin belia bangkit

      Padam
    3. tanpa nama 3:51, nak tanya sikit, adakah anwar peliwat atau dr m pemfitnah? apa-apa pun, ini adalah perhimpunan hipokrit, kongres hipokrit, deklarasi hipokrit untuk semua orang2 hipokrit. dah jadi keluarga 69.

      Padam
  2. Kalau nak berkawan pun pilih2 la jgn sebab nak jatuh kan Najib, LKS, Ambiga, Tian Chua di jadikan kawan. Hebat2 dulu bukan main benci sekarang semua jadi kawan. Apa punya politik caca marba.

    BalasPadam
  3. Kalau nak berkawan pun pilih2 la jgn sebab nak jatuh kan Najib, LKS, Ambiga, Tian Chua di jadikan kawan. Hebat2 dulu bukan main benci sekarang semua jadi kawan. Apa punya politik caca marba.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top