Nuffnang

DEMI KEBENARAN : BERANIKAH MUHYIDDIN CABAR ZETI?


Nampaknya kredibiliti Muhyiddin semakin tercalar. Ketika serangan ke atas 1MDB cuba mengheret Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Aziz, namun dakwaan-dakwaan Muhyiddin itu semua telahpun dinafikan oleh Tan Sri Zeti sendiri. 

Datuk Dr Puad Zakarshi seorang ahli MT UMNO telah memberikan reaksinya ke atas isu ini dengan mendesak Muhyiddin untuk mencabar penafian Zeti sama ada dia berbohong atau Zeti yang berbohong seperti di bawah :

Muhyiddin menggunakan akaun fb peribadinya untuk menjawab kenyataan saya. Sepatutnya dia mencabar Zeti kerana kenyataan saya berdasarkan penafian Zeti. Dalam posting terbaru itu TSMY mendakwa pula kononnya Zeti mendedahkan Perdana Menteri cuba menghalang penyiasatan. Sedangkan PM sendiri yang meminta PAC dan Audit Negara membuat siasatan manakala Peguam Negara memutuskan tiada kes untuk pendakwaan. Pada saya Muhyiddin sekali lagi cuba melakukan provokasi dan menipu demi kepentingan peribadi. 

Dalam ucapannya di Teluk Kemang dan dalam sidang akhbarnya pada 22 Mac 2016 dia menyebut bahawa dia menerima maklumat daripada Zeti dan Bank Negara. Sedangkan Zeti dalam kenyataannya pada 23 Mac 2016 seperti yang dilaporkan oleh media, menafikan pernah bertemu dan membincangkan mengenai aset 1MDB seperti yang didakwa Muhyiddin. Jadi dalam soal ini elok Muhyiddin buktikan bahawa Zeti ada menemuinya dan memberi maklumat tentang perkara ini kerana Zeti telah menafikannya.

Jangan lupa Muhyiddin dalam ucapannya di UMNO Bahagian Cheras pada Julai 2015, pernah menyebut dan mengakui bahawa dia sampai terpaksa membaca akhbar The Edge untuk memahami dan mendapatkan maklumat mengenai 1MDB. Sekarang Muhyiddin kata dia mendapat maklumat daripada Zeti. Mana satu yang betul?

Saya dimaklumkan juga Menteri Kewangan 2, pernah mengambil masa selama 40 minit untuk menjelaskan kepadanya secara peribadi mengenai 1MDB, tetapi dia tidak berminat untuk mendengarnya dan langsung tidak membuka fail berkaitan hal tersebut. 

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi juga saya tidak pernah mendengar Muhyiddin membangkitkan tentang maklumat-maklumat yang dikatakan dimaklumkan oleh Zeti dan Bank Negara. Bahkan dalam kenyataan media di Milan Italy 2015, Muhyiddin mendakwa dia tiada maklumat mengenai 1MDB sebab itu tidak dapat menjawab isu berkenaan yg menjadi punca BN kalah PRK Permatang Pauh.

Justeru saya mendesak TS Muhyiddin agar mencabar penafian Zeti sama ada dia berbohong atau Zeti yang berbohong.

DATUK DR. PUAD ZARKASHI
AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO
Share this article

3 Komen:

  1. Gani Patail pun tak berani nak bukak mulut...faham2 la kalau orang lain

    BalasPadam
  2. Ghani Pantail, bila kena pada pembangkang selalu tutup kes, Bukan boleh percaya sangat. Kes Anwar pun sampai berpuluh kali ditangguh.

    BalasPadam
  3. Perkiraan mudah GST
    ANDAIAN
    Belanja sehari setiap isi rumah RM50
    Rm50 x 30 hari =rm1500 sebulan
    Gst rm1500 × rm0.06= rm90
    Rm90 × 12 bulan=rm1080 setahun
    Rm1080 × 20 juta penduduk=rm 21,600,000,000 setahun

    Dan berape yg rakyat dapat dari jumlah gst yg kerajaan dapat?
    Kuasa beli rakyat atau kerajaan?


    Siapa yg tindas siapa?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top