Nuffnang

WOW!!! "Gol Lencong" Pemain P.Pinang Dapat Perhatian Dunia


Cantik, memang cantik.... Gol cantik hasil sepakan percuma yang diambil oleh pemain skuad Pulau Pinang, Faiz Subri menjadi perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia. Ini disebabkan keunikan lencongan bola itu sebelum menerjah ke dalam pintu gol Pahang dalam perlawanan Liga Super malam tadi.

Tidak lama kemudian, beberapa media luar negara seperti thesportbible dan eurosport.co.uk menyifatkan gol cantik itu sebagai luar biasa.

Menurut Thesportbible juga kemungkinan gol itu akan memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016 nanti sebagai ‘Goal of the Year’.

eurosport.co.uk pula menyifatkan gol lencongan seperti itu pastinya menjadi kebanggaan kerana mirip dengan gol cantik yang dilakukan oleh bekas pemain kebangsaan Brazil Roberto Carlos.

Bagi peminat bola sepak tempatan, gol cantik yang dihasilkan Faiz itu dikongsi di laman sosial Facebook dan telah menjadi viral dan antaranya dikongsi Facebook Harimau Malaya.

“Amazing goals…..faiz subri..biar coach (jurulatih) Malaysia buka mata sikit,” komen Mohd Farid.

“Kalau konsisten player (pemain) ini sampai habis musim, Team (pasukan) luar mesti nak beli punya. Gol mcm ini, terbeliak biji mata kot,” kata Kamal Hayat.

“Gol paling mahal. Messi pun tidak boleh buat apa,” kata Mohd Shahfiqry.

Dalam perlawanan semalam itu pasukan Pulau Pinang telah menewaskan Pahang dengan jaringan 4-1 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top