Nuffnang

MEMALUKAN!!! Sosej Luc*h Dijual Di Jonker Walk?


Memalukan.... Demi mengaut keuntungan, peniaga sanggup melanggar norma dan adat masyarakat kita dengan pendekatan yang tidak boleh diterima. Peniaga-peniaga di Jonker Walk berkata penjualan sosej berbentuk kemaluan lelaki amat memalukan komuniti peniagaan pasar malam di sini.
Penasihat Jawatankuasa Jonker Walk Datuk Gan Tian Loo berkata, penjualan bentuk makanan itu menimbulkan kemarahan peniaga-peniaga dan komuniti tempatan.

Gan berkata, pengeluar makanan tersebut membeli alat membuat wafel itu dari Taiwan malah telah menjadi popular di kalangan pelancong asing, bukannya masyarakat tempatan.

Jelas beliau, tindakan itu telah menjatuhkan reputasi Jonker Walk yang sememangnya terkenal antara destinasi makanan.

"Peniaga-peniaga meluahkan kekecewaan ketika mengadakan perjumpaan pagi Isnin," jelasnya.

Menurut Gan, pengeluar berusia lewat 20-an itu telah mengaku kesilapannya dan memohon maaf di atas tinkannya itu yang dianggap sebagai cuba membuat kelainan di Jonker Walk.

Sebelum ini, Datuk Bandar, Datuk Zainal Hussin berkata, pengeluar makanan itu telah diberi notis mengenai penjualan itu yang boleh menyebabkan lesen perniagaannya dibatalkan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top