Nuffnang

MISTERI : Doktor Parlimen Yang "Hilang" Ditemui Selamat


KUALA LUMPUR: Pegawai perubatan kanan yang bertugas di klinik di bangunan Parlimen, Dr B. Sugumaran ditemui selamat di sebuah hotel di Pudu pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata pasukan petugas yang ditubuhkan untuk mengesan Dr Sugumaran mendapati beliau berada di hotel berkenaan.

Beliau dilaporkan hilang sejak awal Februari.

"Dr Sugumaran dapat dikesan oleh Task Force setelah membuat pemeriksaan di sekitar Pudu.

"Dijumpai kira-kira 7.30 malam, beliau menginap di sana sejak 16 Februari. Tak ada elemen jenayah," katanya pada Jumaat.

Dr Sugumaran, 50, yang berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur, telah ditempatkan di klinik di bangunan Parlimen sejak 10 tahun yang lalu.

Dilaporkan bahawa beliau tidak pulang ke rumahnya di Taman Sri Rampai, Setiawangsa, di sini, sejak 3 Januari lalu.
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top