Nuffnang

TERDESAK : AMANAH Parti Yang Memalukan


Amanah ini sebuah parti baru maka sudah pasti ia masih panas tetapi percayalah, rasa panas itu hanya akan bertahan setahun dua sahaja. Selepas itu panas itu akan bertukar kepada suam-suam kuku akhirnya kepada sejuk beku. Selalunya parti serpihan macam Amanah ni sekadar hangat-hangat tahi ayam je.

Tindakan mengheret anak Allahyarham Datuk Abdul Azik Nik Mat dalam Parti Amanah Negara (Amanah) telah meninggalkan kesan besar dalam jiwa keluarga Allahyarham, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Oleh itu, kata Tuan Ibrahim ‎dia berharap agar perkara ini tidak berulang lagi.

"Saya harap perkara ini tidak berulang kerana ini bukan kali pertama Amanah Kelantan cuba kaitkan Nik Omar dengan parti mereka.

"Kalau amanah mempunyai kekuatan, lebih baik mereka menumpukan usaha menyedari dan menarik ahli Umno dari terus menarik dan memujuk ahli Pas," katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mengulas kenyataan Amanah Kelantan hari ini yang mengesahkan bahawa anak sulung Allahyarham Datuk Abdul Aziz, Nik Omar tidak menyertai Amanah Kelantan sepertimana yang didakwa parti itu sebelum ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, tindakan yang diambil oleh Amanah sebelum ini memalukan parti itu sendiri.

"Tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan terdesak bagi meraih simpati orang ramai," katanya.

Sabtu lalu, Nik Omar menafikan penyertaan beliau dalam‎ Amanah seperti mana yang dilaporkan portal berita.

Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun tidak‎ menolak kewujudan kepelbagaian parti, termasuk kehadiran parti Amanah dalam sistem politik tanah air.

Menurutnya, beliau lebih suka kepada gagasan penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama lain.

Sebelum itu, dalam majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan, Nordin Hussin‎ mengumumkan Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.
Share this article

1 Komen:

  1. Gaya MENIPU kapir AMANAH sama macam gaya MENIPU 40 000 Bangla Raja Liwat.
    Selamba je menipu tanpa takut dosa.
    Itulah dia kapir2 dan murtad2 Tanah Air.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top