Nuffnang

PERSENDA TPM : Pegawai KKM Ni Terlebih Maksum?


Penjawat awam biasanya terlupa bahawa mereka sebenarnya terikat dengan peraturan dan disiplin yang ditetapkan selari dengan akujanji yang telah diikrarkan ketika mengangkat sumpah memegang jawatan.

Tandatangan yang diturunkan adalah bersifat rasmi dan apabila penjawat terlupa apa yang pernah diakurkan sepanjang memegang jawatan, maka masalah yang lain biasanya akan mengikuti jejak tugas mereka yang seterusnya.

Artikel ini bukan bersifat mengugut tetapi sekadar memperingatkan tentang soal berpegang kepada janji kerana itu hak yang kita mesti berikan kepada yang berhak. Janganlah kita hanya tekun memperjuangkan hak kita tetapi sengaja mengabaikan hak yang sewajibnya ditunaikan.

Terkini, viral komen seorang penjawat awam yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyatakan komen menyindir program Majlis Solat Hajat Dan Selawat sempena tahun baru 2016 yang lalu dalam satu posting FB oleh pengguna yang lain.

Program yang turut disertai oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan diiringi Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan ribuan rakyat pelbagai ideologi yang hadir bersatu dalam satu baju untuk mengimarahkan majlis tersebut.

Majlis tersebut dimulakan dengan Solat Sunat Isha’a dan solat hajat. Malangnya komen yang ditulis oleh penjawat awam berkenaan seperti sudah mencapai kelayakan seperti seorang nabi untuk mengeluarkan hukum bersandarkan nafsu dan akal singkatnya sahaja.

Inilah kesannya apabila buta mata hati, apa jua usaha kebaikan yang dilakukan kerajaan tetap akan disindir dengan keburukan. Entahlah ajaran agama dan mazhab mana yang ada dalam dirinya.


Dengan menggunakan nama Zulaimy Omar mengikut catatan di akaun FB peribadinya sebagai berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan selamba melemparkan tohmahan dan prasangka buruk terhadap apa yang dilaksanakan pada program Majlis Solat Hajat Dan Selawat Sempena Tahun Baru 2016 itu melalui satu komen yang amat prejudis.

Beliau menulis komen menggambarkan seolah-olah apa yang dilakukan ribuan manusia yang hadir pada malam tersebut sebagai LAKONAN semata-mata dan pada komen seterusnya beliau dengan sombongnya menyatakan komennya yang ditujukan kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu “hari ni selawat……esok lawan perintah Allah….”.


Wah! Semudahnya berkata sedemikian persis Nabi SAW menyatakan sesuatu perintah atau hukum dalam sabda Baginda. Atas asas apa yang membolehkan beliau menjadi penghukum sehebat itu?

Mengikut rekod, Zulaimy bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah di Presint 9, Putrajaya. Bayangkan dengan lokasi begitu hampir dengan pejabat TPM di Putrajaya pun beliau amat berani menyindir serta menghukum dengan persepsi sama seperti netizen lain yang berkiblatkan pembangkang, kita sudah boleh menjangka apa yang mampu dilakukannya sekiranya diberikan kuasa lebih tinggi selepas ini.

Mungkin memaki perdana menteri? Tidak mustahil kan? Itu cara hakiki mereka dan fatwa memaki hamun sendiri pernah diperjelaskan keharusannya oleh ulama yang mereka sanjungi dulu.

Apa pula tindakan khusus dari KKM yang merupakan majikan utama kepada Zulaimy ini?

Tidakkah catatan beliau menyanggah peraturan dan etika sebagai penjawat awam seperti mana yang termaktub dalan Perintah Am?

Apakah KKM mahu membiarkan begitu sahaja parasit pro pembangkang kekal berada dalam KKM dan seringkali laju mengambil tindakan kepada mereka yang setia dengan kerjaan sekiranya melakukan kesalahan yang sama? Kenapa perlu takut?

Apakah di KKM sendiri ada dalam kalangan tertinggi pro pembangkang yang bersembunyi sebalik topeng pegawai kerajaan yang setia tetapi dalam diam-diam mengambil tindakan hanya kepada pegawai yang cenderung sokongan kepada kerajaan sahaja?

Situasi seumpama ini boleh dilihat di negeri yang dikuasai pembangkang, di mana rata-rata parasit pro pembangkang hanya kan menunjukkan belang mereka sebaik negeri tersebut dikuasai pembangkang selepas menang dalam pilihanraya umum atau negeri. Lagak mereka sama seperti cara yang sedia lama Yahudi mainkan di sebalik pemerintahan negara tertentu di dunia.

Elakkan KKM dari terus menjadi sarang pembangkang.

Menteri atau Timbalan Menterinya perlu serius memandang hal seperti ini. Kegagalan menangani parasit pro pembangkang yang ada akan menyebabkan banyak rahsia sulit kerajaan akan terlepas infonya ke tangan pembangkang.

Info tersebut nanti tanpa segan silu akan digunakan mereka bila waktu ‘berperang’ nanti.

Tidak hairan kalau ketika masih berkuasa pun, seorang pegawai di peringkat rendah berani sebegitu rupa untuk menyumpah perbuatan baik dalam satu majlis yang murni yang melibatkan orang kedua tertinggi dalam kerajaan, maka takkan terkejut nanti kalau menteri dan timbalannya pun dimaki sama kalau ada sesuatu isu kontroversi yang keluar berkaitan kementerian satu hari nanti.

Nak percaya? Terpulanglah KKM! - SUMBER
Share this article

14 Komen:

  1. sejak bila gaji dia dibayar oleh UMNO?? pegawai kerajaan kena jadi hamba umno kah?

    BalasPadam
  2. Mmg bukan Umno yng bayar tapi ingatlah niat mereka yang hadir berselawat tu tiada yng tahu kecuali Allah.. So budak ni cakap macam terlebih teror boleh baca hati orang..takbur dan bongkak nampak

    BalasPadam
  3. Mane ko tau dia Penolong Pegawai perubatan admin? ke ko main hentam je nama jawatan?

    BalasPadam
  4. Sejak bila gaji dibayar umno???BILA badan berunifom AMIK RASUAH orang akan salahkan kerajaan sedangkan orang kerja dengan kerajaan ramai
    Pembangkang..bila orang salahkan kerajaan umno/BN kena tempias sbb merekalah kerajaan yg memerintah negara.negeri selangor banyak kedai mesin pon orang ttp salahkan Najib..haahah budak tipu kena colek pun orang salahkan najib...

    BalasPadam
  5. Admin tolong kaji dulu siapa dia nh sblom tulis nama jawatan.jangan main tulis je..busuk nama jawatan orang lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia bos saya, maafkan beliau, dia hanya insan biasa
      Wallahualam
      Moga dijadikan tauladan juga bagi kita semua di masa akan datang. Bahana intenet.

      Padam
  6. admin ak xtahu apa masalah kamu dan ak komen ni atas dasar aku ni Penolong Pegawai Perubatan, dan akunni Penolong Pegawai Perubatan... dan individu kat atas ni bukan seorg PPP... mohon kau buat kajian lg dan mintak maaf secara terbuka pada PPP seluruh Malaysia... fakta kau salah ni. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul dia bukan PPP. Saya tahu sebab dia bos saya. Jawatannya xpayah lah diperbesarkan. Maafkan beliau. Takbir!!!!!!!!!!!!!
      Banyak lagi isu lain ct arak, vape, rokok yang perlu diperdebatkan.

      Padam
  7. Blogger kayu mmg cmni... Main letak je jawatan org...

    BalasPadam
  8. Admin sila remove artikel ini sebelum persatuan kami ambil tindakan....

    BalasPadam
  9. Admin jilat jubur jibby..

    BalasPadam
  10. Admin pon tulisan artikel mcm sebelah pihak jer.. X perlu kot sampai nak highlight bagai nama org.. Admin ni islam ke x..lagi satu x perlu nak sebut name jawatan.. Mcm sengaja nak amik publisiti murahan.. Insaf laa.

    BalasPadam
  11. hahaha..admin pencacai taik jibby..cepat repot polis admin sampah

    #pecatJibby

    BalasPadam
  12. Diharap tuan-tuan jangan salah anggap dgn komen dengan penjawat diatas> saya rasa komen itu memberi kita supaya mendekati dengan Allah dengan lebih mendalam. Beliau hanya mengingati saja. Komennya adalah secara rambang dan tidak ditujukan kpd sesiapa. Sebagai hamba Allah kita harus membuktikan yang kita bukan pelakon, Allah maha mengetahui pada makhluknya. Kita jangan pula memanaskan suasana dan BERISTIFARLAH...semoga terhapus segala dosa...Insha Allah

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top