Nuffnang

DIBUANG KELUARGA : Pelajar Gay Melayu Dapat Derma Warga Kanada Lanjut Pelajaran


PELAJAR MELAYU GAY DAN ATHEIST DI WINNIPEG, KANADA BERJAYA DAPAT DERMA UNTUK TERUSKAN PENGAJIANNYA!!!

Barangkali inilah yang diperjuangkan dan menjadi matlamat utama G25 yang bukan main berforum menghentam amalan syariah di Malaysia.

Dari Kanada, seorang budak Melayu asal Malaysia membuat kutipan derma dalam talian untuk meneruskan pelajaran.

Budak Melayu asal Malaysia... itu bukan luar biasa. Tetapi dalam kes ini, luar biasanya dia adalah, dia seorang GAY dan PENGANUT FAHAMAN ATHEIST.

Kononnya, kerana fahaman dan amalannya itu, dia telah dibuang oleh keluarga. Justeru, kaum sejenisnya mengumpulkan derma di atas talian bagi dia meneruskan pelajaran di Universiti Winnipeg, Kanada sekaligus membolehkan dia terus tinggal di Kanada.

Dalam laman GoFundMe, budak lelaki berkenaan, Hazim Ismail menulis, disebabkan dia adalah seorang gay dan atheist, dia telah dibuang oleh keluarga dan perbelanjaan pengajiannya juga telah dihentikan.

Bagi membolehkan dia terus tinggal di Kanada dan mengekalkan status imigresennya, kata gay Melayu tersebut, dia perlu menduduki tiga kelas bagi setiap penggal.

Difahamkan, pelajar di bidang psikologi itu telah berjaya memperolehi $5,000 bagi membolehkan dia membayar jumlah minimum untuk meneruskan pengajiannya di universiti berkenaan. Menurutnya, dia terhutang budi kepada masyarakat Winnipeg yang menyokongnya.

Universiti Winnipeg turut mengeluarkan kenyataan yang berbunyi:

"Hazim memiliki keberanian dan kepintaran, justeru kami berbangga dengan kehadirannya sebagai pelajar kami. Kami akan memantau kempen GoFundMe dan kami akan memastikan yang dia mampu menyempurnakan pengajian musim sejuknya."

Menurut Hazi, dia masih tidak memikirkan tentang masa hadapannya, sebaliknya memutuskan untuk memberi tumpuan kepada pengajiannya.

- SUMBER
Share this article

5 Komen:

  1. Tak payah balik... Malaysia tak rugi apa pun....Biar Canada tanggung loser ni.

    BalasPadam
  2. taubatlah sebelum terlambat.takkan kau nak main jubur selamanya.

    BalasPadam
  3. Semoga Allah memberi hidayah petunjuk kepanya.InsyaAllah.

    BalasPadam
  4. Semoga Allah memberi hidayah petunjuk kepadanya.InsyaAllah.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top