Nuffnang

TUNJUK BELANG : DAP Bakal Tanding Di Kawasan PAS!!!


DAP percaya mampu menawan lapan kerusi yang dimenangi PAS di Selangor. 

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, jika saingan tiga penjuru antara PAS, DAP dan Barisan Nasional (BN) berlaku di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri itu, pada Pilihan Raya Umum akan datang, DAP boleh capai “kemenangan”. 
Lapan kerusi yang disebut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu adalah Seri Serdang, Dusun Tua, Taman Templer, Tanjong Sepat, Chempaka, Lembah Jaya, Paya Jaras dan Meru. 

“Kami akan membuat persediaan diperlukan untuk kami bertanding di kerusi-kerusi itu, bermula dengan Taman Templer. 

“Langkah pertama, kami perlu melantik Edry Faizal sebagai penyelaras untuk DAP bertanding di sana". 

“Sama ada kami akan bertanding di kerusi-kerusi itu kelak, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan di Selangor,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, hari ini.

Share this article

1 Komen:

  1. Si tony puaka ni ingat dia siapa.? Berlagaknya....sama dengan bos dia tokong guan eng.....biarlah....dia boleh cakap apa pun akhirnya Allah yang akan tentukan

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top