Sudah hampir seminggu program Da'i melabuhkan tirai. Penulis yakin, seluruh rakyat Malaysia sangat berpuas hati dengan keputusan juara yang berpihak kepada Da'i kecil molek dan berwajah manis, Da'i Hamidah.
Secara peribadi pula, memang penulis minat sangat dengan Da'i Hamidah ni. Punya gaya yang santai, percakapan penuh hikmah dan teratur. Yang penting, sekampung, orang Kedah jugak.
Beliau, Hamidah binti Abdul Razak, berusia 23 tahun dan berasal daripada Sik, Kedah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Akidah dan Agama daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Masya Allah, memang kena betul dengan latar belakangnya.
Persembahan beliau pada malam final yang lalu dengan tajuk, Aku Pendosa Juga Ingin Ke Syurga memang benar-benar menyentuh hati. Sangat terkesan dengan isi dan cara penyampaiannya.
Sememangnya beliau layak untuk diangkat sebagai juara. Alhamdulillah. Semoga Da'i Hamidah diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam menyampaikan dakwah seterusnya menjadi ikon kepada golongan belia. In Shaa Allah.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....