Nuffnang

BAI'AH : Mat Sabu & The Gang Meroyan Habis Dengan Harussani Dan Haron Din!!


“Kafarah tidak boleh kerana ta’lik tidak ada kafarah, : Tan Sri Harussani Zakaria"

Lafaz cerai taklik talak tiga yang dibuat wakil rakyat Pas Kelantan tidak boleh ditebus dengan kifarah.

Mufti Perak tersebut menjelaskan ia berbeza dengan bai’ah (sumpah) kerana lafaz (cerai) taklik tidak mempunyai kifarah.

Bagaimanapun mengulas mengenai hukum bai’ah dalam Islam, Harussani menjelaskan ia tidak menjadi kesalahan dan boleh digunakan untuk tujuan politik.


Menurutnya, Dewan Ulama Pas sepatutnya lebih maklum tentang berbai’ah atau bersumpah taat setia kepada parti kerana keanggotaan ramai ulama di dalamnya.

“Mereka (Dewan Ulamak) dalam kalangan ulama takkan tidak faham tentang bai’ah tersebut. Sumpah atau bai’ah boleh dilakukan tetapi sumpah untuk taat setia kepada parti sahaja.

“Tidak sewajarnya mengaitkan isteri sebagai cagaran untuk kepentingan politik. Apa kena mengena dengan isteri sedangkan suami yang ingin kekal dalam kerjaya politiknya,” katanya, semalam.

Menurutnya, Dewan Ulama Pas juga perlu memperjelaskan bai’ah yang dilakukan agar menepis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap perjuangan parti tersebut.


Status perkahwinan wakil rakyat Pas Kelantan menjadi isu selepas mereka melafazkan taklik cerai talak tiga sekiranya bertindak melompat keluar daripada parti itu.

Ia timbul selepas Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli memutuskan menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Susulan itu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihati wakil rakyat PAS negeri itu merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah.


Khalid Samad Nak Bayar Kafarah?

Dua ahli PAS yang menyertai parti baru, Parti Amanah Negara (Amanah) – Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan Dr. Mariah Mahmod (ADUN Kota Raja) – mengesahkan akan membayar kafarah dengan menjamu golongan fakir miskin di Shah Alam esok.


Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, mereka mengambil tindakan itu bagi membayar kafarah berikutan tindakan mereka keluar PAS yang melanggar baiah mereka ambil ketika menjadi calon PAS pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 lalu.

Oleh itu, kafarah yang mereka pilih adalah dengan menjamu makan malam kepada 100 fakir miskin dengan nasi briyani kambing di Dewan Merbau Sekyen 17, Shah Alam, katanya.

"Oleh kerana ini, saya dan rakan termasuk Dr. Mariah, kita akan membuat majlis kafarah dengan memberikan makanan kepada fakir miskin pada malam esok mulai jam 8 malam dan kita jemput dan akan bawa orang-orang miskin daripada kawasan Shah Alam dan Klang sebagai majlis kafarah langgar baiah yang telah kita lakukan," katanya.

"Pendirian saya dan rakan-rakan berhubung baiah ini telah saya nyatakan dalam blog saya berhubung persoalan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan pelanggaran baiah.

“Saya telah jelaskan maksud dan sebab kenapa tidak perlu letak jawatan dan kenapa ianya tidak dilihat sebagai satu kesalahan bagi kami untuk tubuh parti baru dan sertai parti baru."

Isu baiah diperkatakan apabila sebelum ini PAS mewajibkan semua calon mewakili parti itu dalam pilihan raya mengucapkan ikrar untuk taat.

Ikrar itu dianggap dilanggar apabila mereka memilih untuk menyertai parti lain dan keahlian dalam PAS tergugur secara automatik.


Apa pandangan Mursyidul Am PAS, Dato Dr. Harun Din


Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din hari ini menolak pendapat bahawa baiah dibuat oleh wakil rakyat PAS boleh ditebus dengan membayar kafarah seperti disebut oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semalam.

Haron berkata, baiah yang dibuat oleh kesemua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS itu sebenarnya berbaiah dengan Allah SWT.

Sehubungan dengan itu, katanya tidak timbul soal membayar kafarah seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semalam.


"Yang pertama hendaklah terlebih dahulu memahami perkara-perkara yang boleh dibayar dengan kafarah dengan perkara-perakara yang yang tidak boleh dibayar kafarah.

"Yang boleh dibayar dengan kafarah itu ialah sumpah, melanggar sumpah dan perlu bayar kafarah," katanya.

"Yang mereka hadapi sekarang ini ialah apa yang mereka lakukan ialah baiah.

"Baiah tidak boleh bayar kafarah sebab jelas daripada ayat Allah SWT yang bermaksud sesungguhnya orang-orang yang berbaiah dengan kamu wahai Muhammad, mereka sebenarnya berbaiah dengan Allah," katanya kepada Antarapos.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Khalid Samad yang menyatakan wakil rakyat PAS yang menyertai Amanah akan membayar kafarah yang sesuai sebagai 'denda' kerana melanggar baiah parti itu.

"Dari segi melanggar baiah ini ada kaedahnya, di mana ada kafarah yang perlu dibayar dan perkara ini akan saya lakukan dan akan diadakan sidang media mengenainya esok," katanya.

"Kafarah ini macam denda. Memang dalam syariat Islam ini ada …. yang membenarkan kita (yang) terpaksa melanggar sesuatu janji atas sebab-sebab tertentu, maka kita boleh membayar kafarah untuk menebus dosa atau pun kesalahan melanggar baiah ini," katanya.

Susulan kenyataan Khalid itu, Haron mengingatkan kesemua wakil rakyat PAS untuk merujuk kepada pihak yang mempunyai autoriti berhubung isu baiah yang mereka lafazkan.

"Maksud itu jelas, kalau mengkhianati baiah bermakna mereka mengkhianati Allah.

"Allah tidak perlu kepada kafarah, kerana itu maka terpulanglah kepada setiap-setiap orang ada pandangannya, ada perkara yang dia rasa boleh meyakinkan apa yang dia buat, akan tetapi saya menasihatkan hal-hal keagamaan khususnya baiah yang mengaitkan dengan talak isteri, rujuklah kepada orang yang autoriti," katanya.

Beliau turut menasihatkan supaya Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Ramli merujuk kepada bidang kuasa mahkamah syariah ekoran perjanjian baiahnya yang melibatkan talak tiga selepas melanggar bai'ah tersebut.

"Kalau (baiah-talak), itu adalah bidang kuasa mahkamah syariah, ada orangnya yang ada autoriti dan ada kuasa, bagi maksud kalau sudah ternyata hubungan suami isteri sudah terpisah disebabkan talak tiga, mereka tidak boleh lagi duduk serumah.

"Kalau berlaku juga, itu bidang kuasa penguatkuasaan," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Haron mengingatkan Hatta supaya tidak menjadikan semua alasannya daripada ditegur oleh penguasa kerajaan atas sebab 'mengaturkan hidupnya'.

Beliau berkata, ini ekoran teguran Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob terhadap Hatta berhubung 'cerai talak tiga' adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai pemimpin untuk menegur mana yang salah.

"Maknanya dia tidak mengakui adanya perintah Allah amar ma'ruf dan nahi munkar.

"Amar ma'ruf itu memanglah kita perlu ambil tahu, dan nahi munkar pula kepada semua orang dan masyarakat dan yang memberi komen kepada sahabat kita Dr. Hatta Ramli itu ialah penguasa, seorang menteri besar, ketua kerajaan, jadi memang tanggungjawab dia untuk mengekalkan yang amar ma'ruf dan menghapuskan yang mungkar," tambahnya.

Malah beliau mengingatkan Hatta supaya memahami semula perkara-perkara 'fahishah' (perbuatan yang keji).

"Kalau sudah diputuskan atau dinyatakan dengan jelas oleh ketua hakim syarie bahawa perkahwinannya telah terlerai atau pun tertalak, maka hubungan yang berlaku selepas itu adalah perkara yang 'fahishah'," katanya.

"(Fahishah) adalah yang wajib dicegah, maka itu adalah kewajipan mereka (menteri besar Kelantan) mencegah dan memanglah mencegah itu ialah perlu ambil tahu hal orang lain.

"Pertama sekali ialah pemerintah," katanya.

Haron turut memberikan contoh dalam al-Quran turut memperincikan perkara-perkara baiah yang perlu diikuti oleh mereka yang berbaiah.

"Sesungguhnya sesiapa yang mengkhianati baiahnya, maka dia sebenarnya mengkhianati dirinya sendiri.

"Sesiapa yang menyempurnakan baiahnya, maka Allah akan menganjarkannya dengan pahala yang besar," katanya.

"Jadi sepanjang cerita tentang baiah dalam al-Quran tidak ada yang dipanggilkan kafarah. Yang ada, yang besarnya, dia berbaiah dengan Allah, dia menunaikan baiah itu dia akan dapat pahala dan jika dia mengkhianatinya, dia khianat diri dia sendiri.

"Jadi itu sudah lebih daripada cukup untuk buat pengajaran," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan yang sama, Haron turut meminta supaya semua wakil rakyat tersebut tidak mencari alasan untuk mereka menghalalkan cara dan membolehkan mereka mengkhianati baiah yang sudah dilafazkannya bersama PAS.

"Berilah apa alasan pun yang boleh kita mereka begitu banyak alasan, tetapi tanyalah hati kecil sendiri dan tanya iman, apakah yang mereka buat itu diredhai oleh Allah atau tidak.

"Kalau mereka jawab redha takper, silakan, tidak ada masalah tetapi tanyalah orang yang jujur dan memberi pandangan dan nasihat yang berguna untuk kebaikan dunia dan akhirat...untuk kebaikan dunia dan akhirat...perlu bersandar kepada hujah-hujah syarak bukan semata-mata hujah akal," katanya.

Semalam, Khalid memberitahu berkemungkinan semua wakil rakyat PAS yang menyertai Amanah akan membayar kafarah sebagai denda kepada pelanggaran baiah itu.

Selain Khalid, Ahli Parlimen PAS yang menyertai Amanah ialah Datuk Dr Mujahid Yusof (Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Hanipa Maidin (Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat).

Turut berbuat demikian adalah lima ADUN PAS iaitu Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Ini bab agama beb. Jangan main-main. 
Share this article

1 Komen:

  1. Apa yang nak dihairankan dgn golongan ni? Mereka buat hukum ikut kepentingan sendiri. Hairan........Bagaimana dungunya depa ni boleh berketuakan si Mat Sabu tu?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top