Nuffnang

BUKAN LAGI PM : Najib Bidas Tun Mahathir!!!


"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa seorang daripada Perdana Menteri saya yang terdahulu akan menentang saya dengan cara begini. Beliau bukan lagi Perdana Menteri, beliau tidak sepatutnya mencari tumpuan." 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mencari tumpuan kerana beliau tidak lagi menerajui pentadbiran negara semasa memberikan ucaptamanya pada Simposium Pasaran Modal Sedunia di sini.

Dr Mahathir kebelakangan ini begitu lantang mengkritik Najib dan malah memintanya meletak jawatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri tidak menyebut nama Dr Mahathir secara khusus tetapi jelas siapa tokoh yang dirujuk beliau.

Perdana Menteri menegaskan yang beliau tidak akan meletak jawatan dan bahawa kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB.

-- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top