Nuffnang

MISTERI!!! Pengalaman Anggota BOMBA Semasa Operasi Mencari Dan Menyelamat!!!


Kisah pelik dari anggota bomba ketika usaha mencari dan menyelamat kanak-kanak hilang | Usaha mencari dan menyelamat (SAR) Muhd Famirul Aiman Rahman berusia tiga tahun yang dikhuatiri lemas di Kampung Taman Rainbow, di sini, kelmarin, bertukar kelam-kabut apabila seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba-tiba meracau dipercayai akibat histeria. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, penyelamat wanita berusia 20 tahun dikatakan menyusuri kawasan belukar sekitar sungai Tawau itu sebelum tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri.

Sebaik tersedar, anggota terbabit dikatakan mula meracau dan bertindak di luar kawalan sehingga memaksa rakan setugas lain menenangkannya. Menurut sumber, ketika kejadian mangsa dan beberapa anggota bersiap-siap mengemas selepas operasi ditangguhkan berikutan cuaca yang semakin gelap.

“Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba rebah dan sebaik tersedar, dia meracau dan bercakap dalam suara yang garau dan kasar.

“Sepanjang meracau, anggota wanita ini memberitahu kanak-kanak yang hilang disorokkan di rimbunan pokok buluh di hadapan rumah mangsa,” katanya, semalam. 

Sumber berkata, berikutan keadaan semakin tidak terkawal, anggota terpaksa memanggil ustaz bagi memulihkan semangat mangsa. “Ketika cuba dipulihkan, mangsa turut meminta keluarga kanak-kanak itu menyediakan darah ayam dan pulut kuning sebagai syarat untuk ‘beredar’.

“Bagaimanapun, mangsa akhirnya dipulihkan selepas hampir enam jam diserang histeria,” katanya. Mangsa dihantar pulang ke rumahnya untuk berehat. -Metro
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top