Nuffnang

LOW YAT : 3 Jurujual Cina Didenda RM1,800



Mahkamah Majistret hari ini mengenakan denda sebanyak RM1,800 ke atas tiga jurujual telefon bimbit Plaza Low Yat selepas mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan sengaja mencederakan penganggur di bangunan berkenaan pada bulan lalu.

Majistret Muhamad Faizal Ismail, menjatuhkan hukuman itu terhadap Low Leong Seng, 29, Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26.

Sekiranya ketiga-tiga individu terbabit didapati gagal membayar denda itu, mereka akan berdepan dengan hukuman penjara selama dua bulan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-ketiga lelaki itu didakwa sengaja mencederakan mangsa, Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, di Tingkat G, Plaza Low Yat, pada jam 4.57 petang 11 Julai lalu.

Dakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top