Dua rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan kumpulan Negara Islam ditahan polis berikutan rancangan untuk menyerang Kuala Lumpur.
Sasaran mereka dipercayai di kawasan tumpuan pelancong dan di pusat-pusat hiburan di bandar.
Sasaran mereka dipercayai di kawasan tumpuan pelancong dan di pusat-pusat hiburan di bandar.
Suspek pertama berusia 28 tahun telah ditangkap oleh Bahagian Keganasan Kaunter Cawangan Khas Bukit Aman pada 2 Julai lalu.
Dan diikuti dengan penangkapan suspek kedua berusia 31 tahun pada 7 Julai.
Supek berusia 28 tahun itu terpengaruh dengan ideologi IS sejak tahun 2012 dan menerima arahan daripada ketua-ketua IS di Syria.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek pernah rapat dengan Ahmad Effendi Manaf.
Katanya, suspek kedua telah pergi ke Syria awal tahun 2014 dan kembali ke Malaysia pada Ogos tahun yang sama selepas mengalami kecederaan ketika berperang di Syria.
"Kami percaya kedua-dua suspek mengadakan perjumpaan sejak tahun lalu. Ia sangat membimbangkan kerana mereka secara terus menerima arahan daripada ketua IS di Syria untuk melakukan serangan di negara sendiri," kata Khalid.
Tambah Khalid, modus operandi terbaharu mereka 'lebih kurang sama' dengan serangan yang berlaku di Kuwait, Perancis dan Tunisia bulan lalu.
Khalid menyeru kepada semua anggotanya untuk terus berjaga-jaga dan tidak membiarkan serangan berlaku di tanah Malaysia.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....