Nuffnang

MH17 : Malaysia Bersama Negara Mangsa Sepakat Desak PBB!!!


NEW YORK: Malaysia meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan tribunal antarabangsa untuk mendakwa suspek yang menembak jatuh pesawat MH17 tahun lalu di timur Ukraine, namun cadangan itu ditentang Russia. 

Malaysia, anggota ke-15 Majlis Keselamatan mengedarkan deraf resolusi lewat malam tadi yang mahu ia diterima dan dilaksanakan lewat bulan ini, demikian menurut diplomat. Ia adalah satu cadangan bersama oleh Malaysia, Australia, Belanda, Belgium dan Ukraine. 

Pesawat Malaysia Airlines MH17 dilaporkan ditembak jatuh pada Julai 2014 dengan semua 298 penumpang di dalam pesawat maut termasuk dua pertiga daripadanya warga Belanda.

Pesawat malang itu terhempas di wilayah Ukraine yang dikuasai puak pemisah yang disokong Russia. "Saya tidak nampak sebarang masa depan untuk resolusi ini," kata Duta Russia di PBB, Vitaly Churkin dalam satu kenyataan yang diterjemahkan dari Russia. 


"Malangnya, ia seperti satu percubaan untuk mengadakan rancangan yang hebat dan politik menunjuk-nunjuk yang hanya akan merosakkan usaha untuk mencari pihak yang bersalah," katanya, Russia mempunyai kuasa veto dalam anggota tetap Majlis Keselamatan bersalam Perancis, Britain, China dan Amerika Syarikat. 

Justeru jika cadangan itu dikemukakan untuk undian, maka penggunaan veto mungkin dilakukan. Ukraine dan negara Barat menuduh puak pemberontak di timur Ukraine menembak jatuh pesawat itu menggunakan roket darat ke udara buatan Russia. 

Namun Moscow menolak dakwaan itu bahawa Russia bertanggungjawab membekalkan roket antipesawat SA-11 Buk kepada kumpulan pemberontak Ukraine. - AFP
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top