Nuffnang

PAKATAN RAKYAT!!! Guan Eng Buktikan PAS Dan PKR "TADAK TELOQ"


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengisytiharkan bahawa kerajaan pimpinannya tidak lagi dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Sebaliknya, kata setiausaha agung DAP itu, mereka hanya akan menggelarkannya sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang sahaja.

Lim mengumumkan perkara itu dalam kenyataannya daripada George Town hari ini, susulan keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri semalam.

Beliau juga berkata mesyuarat exco juga memutuskan menentang usul muktamar PAS memutuskan hubungan dengan DAP tetapi menerima hakikat bahawa Pakatan tidak wujud lagi susulan itu.

Lim juga berkata kerajaan negeri juga mengekalkan urus tadbir berdasarkan dasar bersama Pakatan dan manifesto bersama dalam pilihan raya sebelum ini yang memberikan mereka penguasaan besar 68 peratus.

Sementara itu, Lim juga berkata mesyuarat semalam turut dihadiri exco daripada PKR Dr Afif Bahardin.

ADUN PAS sokong?

Menurut Lim lagi perkara itu disokong kesemua 30 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk daripada PAS Datuk Mohd Salleh Man.

“Kesemua 30 penyokong kerajaan negeri Pulau Pinang bersetuju dan menyokong ketiga-tiga ketetapan exco ini,” katanya.

Lim berkata, ADUN yang telah dipilih dalam pilihan raya umum lalu itu tidak pernah berubah atau berkurang.

“Ini bermakna sokongan 30 ADUN kepada kerajaan negeri Pulau Pinang tidak berubah dan tidak kurang serta tetap berkekalan seperti biasa.

“Pihak pembangkang Umno menguasai baki 10 kerusi DUN,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa demi memberikan tumpuan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan, urus tadbir dan ketelusan demi membangunkan ekonomi untuk semua.

Dalam muktamar lalu, PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP mengakibatkan DAP mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat berpecah.

Susulan itu beberapa ahli majlis tempatan daripada PAS telah dipecat dan bekas pemimpin kanan parti itu termasuk Mohamad Sabu turut meletakkan jawatan daripada kerajaan negeri.

Majlis Syura PAS masih belum bermesyuarat bagi memutuskan bagaimana mengendalikan usul yang diluluskan dalam muktamar itu.

Media sedang mendapatkan maklum balas Salleh Man berhubung sokongannya ketika badan tertinggi dalam PAS itu belum pun bersidang.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top