Selepas dikiritik satu Malaysia akan sikap biadapnya, sekali lagi Azwan Ali mengeluarkan video minta penampar. Kenapalah dia nak cari pasal pula dengan Nur Azira dan kedai Me'nate tu sedangkan kedai tu langsung tak ambil peduli pasal dia. Walhal dia yang dah malu sendiri sebenarnya.
Bila berbual dengan Chef Mustaffa (pemilik Me'nate Steak Hub) ni semalam dan bertanya tentang tindakan Azwan Ali ni, beliau menjawab baik sahaja penuh positif dan siap minta kita doakan lagi agar Azwan Ali ni berubah dan menjadi insan yang lebih cemerlang. Begitu juga dengan respon Nur Azira sendiri yang hakikatnya mereka tak pernah ada masalah dengan Azwan Ali ni.
Awat busuk bebenor hati awak Azwan Ali? Awak dah malu sendiri, awak mohon maaf sahajalah pada budak perempuan tu. Bukan menghentam orang yang langsung tak berkait pula. Doraemon oh Doraemon.
Ramai sebenarnya yang terkejut dengan komen Azwan berhubung isu tersebut dan sikap ego beliau yang tetap tidak mahu mengaku salah walhal sudah jelas beliau telah melakukan kesilapan.
Kami tidak terkejut apabila melihat rekasi Azwan Ali mengenai perkara berkenaan. Azwan dan gosip memang tidak dapat dipisahkan lagi. Apa-apa pun, pengajarannya di sini seeloknya anda meneliti dahulu sesuatu perkara sebelum bertindak untuk menghentam orang lain agar anda tidak dimalukan akhirnya....
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....