Nuffnang

1MDB : Cubaan Tony Phua Dan Rafizi Melarikan Diri Ke Luar Negara Gagal!!!


Setelah beberapa siri serangan dari pihak yang tidak bertanggungjawab dibongkarkan oleh penyiasat, nama Ahli Parlimen Pandan dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara merangkap Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menjadi sebutan.

Mereka adalah 2 individu yang begitu lantang mengkritik malah memberi dakwaan palsu tentang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta syarikat milik kerajaan, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rafizi Ramli yang sebelum ini bertindak mengatakan segala dakwaan beliau sebelum ini mengenai Datin Seri Rosmah Mansur hanyalah sekadar bergurau dan dakwaan beliau tentang 1MDB dan Datuk Seri Mohd Najib hanya mmemetik sumber yang beliau sendiri tidak pasti.

Tony Pua pula dilaporkan mahu menyaman bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi kerana pendedahan berani Lester baru-baru ini tentang dakwaan palsu beliau terhadap 1MDB. Menariknya, sehingga kini, menerusi beberapa siri video pendedahan Lester, beliau tidak menyebut dengan jelas penglibatan Tony dalam dakwaan ini.

Seperti biasa, apabila melakukan kesalahan pasti ada yang memilih jalan untuk melarikan diri ke luar negara, begitulah yang cuba dilakukan oleh Rafizi dan Tony. Mengikut laporan, Rafizi Ramli dan Tony Pua di halang untuk meninggalkan negara ini tidak kira melalui jalan apa sekalipun.

Adakah mereka memilih mengikut jejak langkah Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil? Dua individu ini terkenal setelah beberapa kali melakukan penghinaan terlampau keatas negara. Kini 2 individu ini merempat di Los Angelas Amerika Syarikat dan Sweden.

Semoga pintu sempadan negara dapat dikawal ketat oleh agensi penguatkuasa yang terlibat. Biar mereka yang terlibat menerima hukuman yang setimpal diatas salah laku mereka yang bercita-cita menggulingkan negara melalui jalan yang tidak sah.

- PRU14 TV
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top