Nuffnang

SOKONG TUN : Mukhriz Bakal Letak Jawatan?


Bila berdiam diri, disuruhnya jawab. Bila dah jawab dikatanya tidak tepat dan berselindung. Malah serangan terus ditujukan kem Tun Mahathir ke atas YAB PM Dato Sri Najib Razak. Namun, Ketika UMNO atau kepimpinan negeri lain saban hari tampil melafazkan ikrar taat setia kepada kepimpinan DS Najib, kelihatan Kepimpinan negeri Kedah yang dipimpin Mukhriz masih diam seribu bahasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin menggesa Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah sekiranya tidak lagi boleh menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Menteri Besar adalah jawatan yang dilantik oleh Perdana Menteri dengan sokongan Ahli Dewan Undangan Barisan Nasional, sekiranya beliau tidak lagi menyokong Perdana Menteri, elok letak jawatan.”



Beliau yang ditemui selepas perjumpaan tergempar sebahagian pemimpin UMNO Kedah melahirkan kecewa dengan tindakan Mukhriz yang masih bermain tarik-tali dan enggan membuat kenyataan terbuka menyokong kepimpinan Najib.

Ahmad menegaskan bahawa Mukhriz harus membezakan antara sokongan kepimpinan dengan isu.

“1MDB adalah isu pengurusan yang sedang disiasat oleh Jabatan Audit Negara ia tidak harus menjadi “benchmark” kepada kepimpinan Mohd Najib. Perdana Menteri sendiri berjanji sekiranya ada salah laku dalam 1MDB, tindakan tegas akan diambil.”

Ahmad juga menyatakan Mukhriz berbeza pendapat dengan beliau dan Ahli-ahli Parlimen yang hadir.

Dalam pertemuan tersebut Mukhriz berkata akan menunggu siasatan terhadap 1MDB selesai sebelum menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

“Mukhriz menyatakan beliau hanya akan menyokong Najib sekiranya (siasatan) yang dijalankan mendapati 1MDB itu tidak bersalah, namun jika siasatan mendapati sebaliknya, beliau akan bersama-sama rakyat” ujarnya kepada sebentar tadi.

Namun menurut Ahmad, kenyataan Mukhriz itu dibidas oleh Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut dengan menegaskan isu sokongan terhadap Perdana Menteri tidak seharusnya berpaksi kepada 1MDB semata-mata.

Jemputan perjumpaan pagi ini dibuat oleh Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar, Datuk Azimi Daim petang semalam kepada Ketua-Ketua Umno Bahagian, ahli-ahli parlimen dan Adun-Adun negeri Kedah bersama MB.

“Saya dimaklumkan perjumpaan yang diadakan bertujuan untuk menyokong YAB Perdana Menteri, namun ketika perjumpaan tersebut Menteri Besar berkata beliau berpihak kepada rakyat. Saya pun hairan rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib sekarang.”

“Hari ini kita sepatutnya membuat kenyataan menyokong kepimpinan PM jadi tidak perlu membincangkan isu-isu lain yang tidak berkaitan.

Selain Ahmad, antara Adun yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrhaim (Pedu), Dato Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh) dan Dato Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam).

Manakala antara ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Dato Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Aminuddin Omar; dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Dato Haji Badrol Hisham Hashim.

Seterusnya Ketua Umno Bahagian yang hadir Datuk Mohd Rozai Shafian (Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Johari Baharum (Kubang Pasu), Dato Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala Kedah).

Terbaharu Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, yang menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14 dan hari ini Dr Mahathir ‘menyerang’ semula dengan lebih keras.

-suaratv
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top