Nuffnang

HIPOKRIT? "Saya Team 1 Malaysia" - KJ @KhairyKJ


Walaupun perang saraf yang dilancarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat menarik sokongan ‘orang lama’ dalam UMNO, bagaimanapun, ia tidak menggugah komponen dalam BN mahupun UMNO untuk berdiri teguh bersama Najib.


Buktinya, ketiga-tiga sayap UMNO menyatakan sokongan mereka kepada perdana menteri ketika pertemuan bersama pemimpin itu awal minggu ini.

Malah, dalam satu kenyataan kepada pemberita semalam, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, dia merupakan sebahagian dari slogan ‘1Malaysia’, bukan ‘Wawasan 2020′.

“Saya tidak hipokrit. Ya, saya meminta isu yang dipertikaikan Tun Dr Mahathir untuk dijelaskan, walau bagaimanapun, saya masih seorang ahli kabinet,” ujarnya lagi.

Dalam pertemuan yang menjangkau lebih satu jam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Najib membuat penerangan mengenai beberapa isu berbangkit, antaranya situasi yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ekonomi semasa negara.

Ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, “Kita terus komited dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada presiden dan kepimpinan parti dalam usaha kepimpinan memperkuatkan semua lapisan dalam parti secepat mungkin.

“Kita akan terus berdiri teguh di belakang pimpinan UMNO.”
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top