Nuffnang

WOW!!! Penurunan Harga Barang Besar-Besaran Bermula Mac!!!



Wow....inilah yang sepatutnya dibuat oleh pihak-pihak yang berkaitan dengan harga barang. Bukan hanya dengan menuding jari kepada pihak-pihak lain bagi melepaskan tanggungjawab. "Walk the Talk"



Program penurunan harga barangan secara besar-besaran di seluruh negara akan dilancarkan 1 Mac ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, program itu adalah hasil perjumpaan kementerian dengan pelbagai pihak antaranya syarikat-syarikat, restoran, pasar besar, pemborong, peniaga, peruncit, pengeluar makanan dan minuman, pada minggu lepas.

“Hasil perjumpaan ini, mereka telah bersetuju untuk turunkan harga barangan yang kita jangkakan kira-kira 10 hingga 20 peratus.

“Saya ucapkan terima kasih kepada peniaga yang respons kepada saranan kerajaan. Ini pada saya hasil daripada permuafakatan kita,” katanya selepas merasmikan “Majlis Ikrar Integriti Korporat” dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Maktab Koperasi Malaysia, di Petaling Jaya dekat sini hari ini.

Hasan berkata, antara pemain industri harga barangan yang akan turut serta dalam program itu ialah Mydin, Nestle, NSK, Aeon, Tesco dan beberapa lagi yang akan turut sama terlibat tidak lama lagi.

Menurutnya, usaha dan kerjasama ini diharap dapat membantu masyarakat memilih barangan yang murah dan berkualiti di samping tidak membeli barangan yang mahal.

Sementara itu, Hasan berkata, sebanyak sembilan peniaga telah dikompaun RM1,000 dan barangan perniagaan dirampas kerana didapati ingkar peraturan yang ditetapkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Tahun Baharu Cina.

“Kesalahan yang mereka telah buat ini ialah gagal guna atau pamerkan tanda harga pink, merah jambu itu. Ini kesalahan yang cukup jelas dan ini membolehkan kita saman terus,” katanya.

Jelasnya, lima daripada kesalahan dikesan di Pahang dan empat lagi di ibu negara.

Hasan berkata sebanyak 4,836 premis perniagaan seluruh negara telah diperiksa sejak Skim Kawalan Harga dilancarkan tiga hari lepas. – Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top