Nuffnang

BIADAP!!! Gambar TG Nik Aziz Bertemu Karpal Singh Di Alam Lain?



Baju hitam - Karpal Singh
Baju putih - Almarhum TGNA. 

Latar - seakan-akan berada di atas langit

Apakah maksud poster ni? Boleh ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia yang memimpin sebuah gerakan tak berdaftar Negaraku terangkan? 

Berdasarkan tafsiran ramai pihak menyatakan lukisan ini seolah-olah cuba menceritakan pertemuan Tuan Guru Nik Aziz dengan Karpal Sing di suatu alam yang lain memandangkan kedua-dua pemimpin ini telah meninggal dunia.

Sedangkan semua tahu bahawa Karpal Singh merupakan seorang kafir harbi, manakala Allahyarham TG Nik Aziz merupakan seorang pemimpin Islam yang tinggi darjatnya. Mana mungkin seorang kafir harbi berada setaraf dengan seorang muslim yang warak.

Tindakan menyama-ratakan darjat di antara Karpal Singh Kafir Harbi dengan Allahyarham TG merupakan satu penghinaan yang berat.

Tindakan menyama-ratakan agama ini biasanya dikenali sebagai pluralisma agama dan amat ditegah dalam Islam (SUMBER)

Dalam diri setiap Muslim pasti terselit rasa bahawa darjat mereka sebagai seorang Muslim lebih tinggi daripada seorang kafir. Hal ini adalah hakikat, di mana Allah sememangnya senang dengan seorang Muslim berbanding seorang kafir yang dimurkai-Nya sedangkan seorang kafir itu juga merupakan keturunan Adam AS, manusia yang mempunyai tangan, kaki, mata, perlu makan, perlu bernafas dengan udara yang sama dan hidup di bumi yang sama seperti seorang muslim. 

Tapi persoalannya kenapakah darjat kita sebagai seorang Muslim lebih tinggi berbanding mereka? Dan mengapa kita akan dimasukkan ke syurga manakala orang kafir akan dicampak terus ke dalam api neraka untuk selamanya. Tidak mungkin juga perbezaannya terletak pada nama yang berbeza seperti nama ”Abdullah” dan ”Johnson”, ataupun disebabkan seorang Muslim dikhatankan dan seorang kafir itu tidak, ataupun disebabkan seorang Muslim tidak memakan daging babi dan seorang lagi memakannya. 

Namun hakikat sebenar perbezaan yang wujud bukanlah terletak atau tertakluk kepada perkara – perkara tersebut. Allah SWT tidak sekejam itu untuk mendiskriminasikan makhluk-Nya. 

Namun perbezaan sebenar kedudukan antara seorang Muslim dan seorang kafir itu adalah kerana Islam dan kekufuran mereka terhadap Allah SWT. Islam bererti patuh kepada Allah SWT sedangkan kufur bererti tidak patuh kepada Allah SWT. Ternyatalah bahawa orang Muslim lebih mulia kedudukannya kerana mengakui Allah SWT serta mematuhi segala perintah-Nya sedangkan orang kafir itu tidak mengakui Allah SWT yang telah menciptakannya sebagai Tuhannya dan langsung tidak melaksanakan perintah-Nya.

Terdapat dua sebab yang boleh diambil kira untuk membandingkan antara seorang Muslim dan seorang kafir iaitu pengetahuan dan perbuatan. Orang Muslim seharusnya tahu siapa Tuhannya, mengetahui segala perintah dan larangan-Nya yakni apa yang disukai dan dibenci oleh Tuhannya. 

Seterusnya individu Muslim itu perlu menjadikan dirinya hamba kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala kehendak-kehendak-Nya seta mengabaikan kemahuannya sendiri. Contohnya, apabila individu tersebut ingin melakukan sesuatu perbuatan namun bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka keinginan tersebut harus dibatalkan demi mematuhi perintah Tuhannya dan untuk tidak mengundang murka-Nya. 

Begitu juga halnya dengan perbuatan yang mulia bagi Allah SWT namun tidak bagi kita, kita sebagai hambanya haruslah sentiasa patuh kerana Allah lebih mengetahui segalanya walaupun sehingga terpaksa mengorbankan nyawanya. (SUMBER)

Wallahu Alam..
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top