Nuffnang

PANASSS!!! Pemuja TG Nik Aziz Pasti Melenting Punya!!!



Jika ada kematian, seeloknya orang ramai mendoakan roh jenazah, ahli keluarganya dan mengucapkan takziah sebagaimana yang diajar baginda Rasulullah Nabi Muhammad SAW kepada kita.

Seluruh negara tanpa mengira latar belakang berterusan mengucapkan takziah kepada keluarga bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat namun ianya tidak kepada Datuk Ibrahim Ali yang telah menggunakan pendekatan berbeza.
Ibrahim Ali berkata di FB :

Kemajuan Islam di Kelantan tidak ke mana dan hukum hudud gagal dilaksanakan semasa hayatnya walaupun menjadi MB lebih 20 tahun.

“Kalau ikut pada usianya, maka pemergiannya tidaklah mengejutkan dan selama ini sudah lama tidak sihat, umurnya juga panjang,” 

Posting ini telah dipadamkan akhirnya


Ibrahim berkata menjadi harapannya agar rakyat Kelantan selepas ini memilih pemimpin tidak berdasarkan pandangan luaran tetapi nilai yang ada pada seseorang pemimpin itu.

“Biarlah satu sejarah sudah berlalu dan rakyat Kelantan tidak lagi memuja pemimpin retorik, alim tetapi yang berwawasan serta akhlak mulia,” katanya.

Kenyataan yang dipadamkan 12.30 tengahari tadi itu diganti dengan ucapan takziah yang lebih sopan dan beradab.

“Salam takziah pada keluarga arwah, sama-sama kita berdoa semoga roh YB Dato Nik Aziz ditempatkan di kalangan para solihin oleh Allah di alam barzakh,” katanya di Facebook.

Bagaimanapun, pengguna Facebook tetap melemparkan kritikan kepada Ibrahim kerana tidak menghormati pemergian allahyarham di saat seluruh negara mengambil pendekatan sebaliknya.

“Dah padam ke makian kau tadi? Dasar katak kau ni. Melompat je kerjanya,” kata Axixal Kazikizikata di laman Facebook Ibrahim.

“Memang peninglah datuk ni. Pergi makan ubat la… Putar alam… Pembelit.. Pembaris.. Lompat parti.. Lompat katak semua bagi kat datuk la,” kata Tengku Khairul Tengku Saleh di laman sama.

“ Tak payahlah padam statement tadi tu. Berjuta orang dah print screen. Lain kali fikir dulu sebelum tulis,” kata Nur Faezah di laman itu.

Kecaman terhadap Ibrahim Ali berterusan dan setakat 3 petang ini lebih 200 komen mengkritik Ibrahim atas kebiadapan komennya sebelum ini.

Sumber

Inilah print screen yang mengundang kontroversi dari facebook Ibrahim Ali..




Sementara itu, Nik Mohamad Abduh, anak Allahyarham Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan orang ramai supaya mengikut sunah Nabi Muhammad SAW ketika menziarahi pusara ayahnya itu.

Beliau berkata, orang ramai diminta untuk tidak melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai khurafat ketika menziarahi pusara Allahyarham.

"Saya nasihat kepada rakyat Malaysia yang datang ziarah hendaklah menepati sunah Nabi Muhammad SAW kerana ziarah keluarga dan tok guru adalah sama.

"Perlu berdoa dan mengambil peringatan untuk diri sendiri, jangan tambah (melakukan) benda yang bersifat bidaah dan khurafat kerana ia akan membatalkan amalan soleh kita sendiri," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya terdapat segelintir masyarakat yang mengambil tanah di pusara berkenaan untuk dijadikan azimat dan sebagainya.

Pengerusi Biro Pemuda IPT Pemuda UMNO Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata orang ramai tidak perlu menceritakan apa yang berlaku di persekitaran seperti melibatkan matahari dan awan kerana ia bersalahan dari segi akidah Islam.

“Untuk kaitkan apa yang berlaku apa yang berlaku di persekitaran adalah salah di sisi akidah.

“Walaupun ia tidak sampai ke syirik besar, mempercayai unsur sebegitu adalah khurafat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sememangnya…bukan hendak menidakkan kebaikan Allahyarham tetapi kita sebagai manusia perlu ingat supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seumpama ini.

Malah ada cerita bila mana wafatnya Ibrahim anak Rasulullah, ramai orang ramai mengatakan matahari bersedih sehingga menjadi gerhana.

Namun tatkala cerita ini sampai ke pengetahuan Baginda, Rasulullah melarang berkata demikian menerusi sabda:

“Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana dan langit tidak hujan dengan kematian salah seorang daripada kamu”.

Wallahualam…. apapun, Islam sememangnya tidak pernah mengajar umat berlebih-lebih dalam sesuatu perkara termasuk menyanjung sesama manusia. 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top