Nuffnang

TERKINI : Hishamudin Rais, Tian Chua Didapati Bersalah!!!



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati aktivis politik dan bekas wartawan, Hishamuddin Rais bersalah atas tuduhan menghasut dengan menggesa orang ramai untuk ke jalan raya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam sebuah forum dua tahun lalu.

Hakim Azman Mustafa ketika menyampaikan keputusannya berkata mahkamah berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah.

"Tertuduh tidak menafikan bahawa beliau mengucapkan kenyataan meminta orang ramai turun ke jalan raya untuk memprotes dan menggulingkan kerajaan BN," katanya.

"Dia tidak sepatutnya menghasut orang ramai ke jalan raya kerana tidak gembira dengan keputusan pilihan raya umum," katanya.

Peguam Hishamuddin Syahredzan Johan kini sedang cuba untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Hishamuddin, 64, mengeluarkan kata-kata menghasut itu di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur pada 13 Mei, 2013.

Hishamuddin dan lima lain bercakap pada forum diadakan tidak berapa lama selepas PRU13 menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) digulingkan kerana pilihan raya yang tidak adil.

Hakim Azman kini masuk ke kamar mahkamah selepas mendengar rayuan daripada Timbalan Pendakwa Raya Kee Way Loon dan Syahredzan Johan.

Enam lagi pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Hishamuddin, juga didapati bersalah atas kesalahan menghasut.

Mereka adalah Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, bekas pemimpin PAS Tamrin Ghafar, aktivis Anything But Umno (ABU) Haris Ibrahim, bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia Safwan Anang dan aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim.

Masing-masing dibicarakan berasingan.

Chua yang juga merupakan ahli Parlimen Batu, dan Haris masih berusaha melawan dakwaan menggunakan alasan kesalahan tersebut menghalang kebebasan bersuara mereka.

Tamrin, 64, diarahkan memberikan kesnya minggu lepas dan akan bersambung pada 15 Januari.

Safwan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun pada 5 September sementara Adam Adli dijatuhkan penjara setahun dua minggu selepas itu.

Kedua-duanya memfailkan rayuan terhadap dakwaan dan hukuman mereka. – 9 Januari, 2015.


NOTA : 

Hakim telah mengenakan hukuman denda RM5,000 keatas Hishamuddin yang perlu dijelaskan dalam tempoh enam bulan.

Dibawah kesalahan itu seseorang itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Share this article

1 Komen:

  1. Semoga penghasut-penghasut ini semua gagal dalam rayuan mereka dan benar-benar disumbat ke dalam penjara demi kesejahteraan rakyat negara ini. Aamiin.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top