Nuffnang

RM 2.5 JUTA???? PERANG BARU TERCETUS ANTARA AZMIN DAN KHALID!!!



Panas...panas....panasss..... Isu pampasan pemberhentian pegawai kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka mencetuskan kemelut baru Khalid dengan Mohamad Azmin Ali.

Walaupun Menteri Besar baharu itu enggan mengulas dan dengan alasan menunggu laporan berhubung pembayaran kira-kira RM2.5 juta kepada beberapa pegawai Khalid, Azmin tidak mungkin membiarkannya kerana perkara itu kini sudah jadi pengetahuan umum.

Pada Jumaat, Adun PKR Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar membangkitkan perkara itu menerusi tulisannya di Twitter dengan mendakwa kerajaan negeri tersebut dalam proses mendapatkan semula wang berkenaan.

“Kerajaan Selangor mengarahkan MBI untuk mendapatkan semula RM2.5 juta yang diberikan kepada bekas pembantu TSKI,” tulis bekas Exco era Khalid itu di laman Twitternya.

Jika isu ini berlarutan dan siasatan dilakukan terhadap pegawai-pegawai berkenaan, Khalid yang kini Adun Bebas Pelabuhan Klang tentu terheret sama.

Persoalannya  kelak  isu ini jika tidak ditangani oleh Azmin dengan betul hanya akan dilihat cebisan dendam beliau terhadap bekas menteri besar itu serta pegawai-pegawainya terutama Faekah Husin yang diketahui memang tidak sehaluan dengan Azmin.

Faekah sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Menteri Besar Incorporated (MBI) yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.

Khalid dalam respons awalnya mendfakwa tidak mengetahui jumlah pembayaran pemberhentian kepada bekas pegawai-pegawai yang dikatakan ada menerima sehingga RM700,000.

“Jika pengiraan itu betul, jadi ia memang betul, saya tidak fikir begitu (salah),” kata ahli Parlimen Bandar Tun Razak dalam satu majlis di Pangsapuri Permai, Sungai Besi,, Sabtu.

Beliau menyifatkan wang tersebut sebagai bayaran pemberhentian kerja yang ditawarkan kepada kakitangan selepas perubahan menteri besar negeri berkenaan dan  keputusan mengenai pembayaran itu dibuat oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI).

“Ahli lembaga pengarah MBI terdiri daripada tiga individu – menteri besar, setiausaha kerajaan dan pegawai kewangan. Mereka yang membuat keputusan,” katanya.

Tambahnya, Exco hanya perlu dimaklumkan mengenai pembayaran tersebut kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

Beliau memberitahu, MBI mempunyai simpanan tunai lebih RM112 juta dan bayaran yang dibuat kepada pegawainya pula tidak melebihi 2 peratus seperti yang disyaratkan.

“Ia mengikut prosedur, mereka boleh melakukan audit,” kataya.

Untuk rekod, ke semua bekas pegawai berkenaan berkhidmat dengan Khalid sejak beliau dilantik sebagai menteri besar selepas PRU 12 pada 2008 sehingga beliau melepaskan jawatan pada 22 September lalu selepas Azmin dilantik menggantikannya.

Isu pembayaran ini dijangka akan dibangkitkan dalam Sidang dewan Undangan Negeri DUN) Selangor pada hujung bulan ini.

Ini sekaligus menjadi cabaran kepada Khalid untuk mempertahankan bukan sahaja bekas pegawai-pegawainya juga maruah beliau yang mungkin akan terus dicalar oleh seteru politiknya terutama dalam PKR yang pernah diwakilinya dahulu.

Persoalan lain, apakah mungkin Azmin sendiri meluluskan jumlah pembayaran itu berdasarkan tiga kuasa utama dalam MBI.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top