Nuffnang

VIRAL!!! Video TMJ Selepas Perlawanan JDT VS Terengganu Yang HOT!!!



JOHOR BAHARU – Tindakan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyepak tiang sudut selepas perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini malam tadi viral di media sosial.



Tindakan spontan yang mungkin berpunca dari rasa gembira dan melepaskan geram itu berjaya dirakam kemera dan perbuatan baginda terus viral tidak beberapa lama selepas itu.

Tindakan Tunku Ismail mendapat pelbagai komen di Facebook di mana ada di antara pengguna bertanya apa yang mungkin disepak TMJ andai pasukan baginda tewas malam tadi.

Sementara itu, Bernama melaporkan JDT mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu 3-1 pada perlawanan suku akhir kedua berkenaan.

JDT mara ke separuh separuh akhir dengan agregat 3-1 selepas seri tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama.

JDT akan menentang Felda United pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 20 Okt ini diiikuti perlawanan separuh akhir kedua di sini, pada 25 Okt ini.

Pada perlawanan malam ini, pemain kebangsaan, Safiq Rahim muncul wira pasukan JDT apabila menjaringkan dua gol manakala satu gol daripada pemain import, Luciano Gabriel Figueroa.

JDT memulakan aksi dengan rentak agresif apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu Terengganu.

Namun, jaringan pertama skuad Harimau Selatan hadir pada minit ke-15 selepas Mohd Nazrin Mohd Nawi membuat hantaran lintang sebelum Safiq menanduk masuk, menewaskan penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee.

Figueroa menambah jaringan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-21 selepas menerima hantaran cantik Mohd Amri Yahyah.

Bagaimanapun, skuad Penyu bangkit pada separuh masa kedua dengan persembahan lebih bertenaga serta melakukan beberapa gerakan menarik.

Akibat kecuaian benteng pertahanan JDT, skuad bimbingan Abd Rahman Ibrahim akhirnya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-60 hasil gerakan solo Mohd Ashari Samsudin.

Bagaimanapun, Safiq mengesahkan laluan JDT ke separuh akhir dengan jaringan pada minit ke-74, hasil hantaran Mohd Amri.

Inilah videonya :


Share this article

1 Komen:

  1. Aku harap lepas ni TMJ tendang keluar kepimpinan FAM yang dah tepu, beku dan lesu agar Bola Sepak negara kembali bersinar

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top