Nuffnang

AKTA HASUTAN : Negara Belum Bersedia - MUSA HASSAN




Tan Sri Musa Hassan menyifatkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 2012 tidak semestinya ditunaikan jika ia hanya akan menyebabkan keselamatan negara terancam.

Bekas ketua polis negara (KPN) itu berkata, undang-undang berkenaan masih diperlukan dan majoriti rakyat Malaysia belum bersedia untuk dimansuhkan akta berkenaan. 


“Janji tidak semestinya ditepati jika ia boleh memudaratkan keselamatan dan keamanan negara.

“Maka pelaksanaannya boleh ditangguhkan sehingga dirasakan pemikiran rakyat sudah ke arah itu,” katanya pada satu forum yang dilaporkan akhbar hari ini.

Musa berkata, kerajaan tidak boleh berdiam diri atau tunduk kepada desakan segelintir pihak yang mahu akta berkenaan dimansuhkan.

“Sudah masanya kerajaan bertegas dan memenuhi kehendak majoriti rakyat berbanding mendengar desakan kumpulan minoriti yang mempunyai kepentingan tertentu,” katanya seperti disiarkan Sinar Harian.

Katanya, kebebasan bersuara atas nama demokrasi, sekiranya tanpa kawalan, hanya akan memberi ancaman kepada negara terutamanya melalui media sosial yang sering disalah guna untuk tujuan berkenaan.

“Lihat trend masyarakat menggunakan laman sosial Facebook sebagai medium mencabar pemimpin dan menghina antara kaum.

“Apabila tiada kawalan dan sesuatu situasi diberikan pelbagai reaksi, membawa kepada ganggu gugat keselamatan negara.

Semalam, ratusan peguam dari Majlis Peguam berarak dari Padang Merbok ke Parlimen bagi mendesak Putrajaya memansuhkan akta itu.

Di Parlimen, wakil mereka yang menyertai program Jalan Kaki atas nama Keadilan dan Kebebasan terhadap Akta Hasutan itu, menyerahkan memorandum kepada wakil menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong berkata, akta itu asalnya diwujudkan untuk mendiamkan orang ramai dan Putrajaya memang menggunakannya untuk tujuan itu, tetapi ia satu penyalahgunaan kuasa.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top