Nuffnang

TAKZIAH!! 2 ANGGOTA POLIS MAUT DIHEMPAP POKOK!!



Keadaan pondok PDRM yang dihempap pokok mengakibatkan 2 anggota PDRM meninggal dunia di Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Dua anggota polis terkorban apabila angin kuat mengakibatkan pokok tumbang dan menghempap pondok kontena polis tempat mereka bertugas di Jalan Bellfield, Kampung Attap, petang Ahad.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.09 malam.

"Kami menghantar 28 pegawai ke tempat kejadian dan mendapati memang terdapat pokok tumbang di pondok polis di sana. Seorang anggota telah dibawa keluar pada pukul 7.45 malam dan seorang lagi dibawa keluar pada pukul 8 malam," katanya.

Kedua-dua mereka telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur di mana mereka telah disahkan meninggal dunia.



Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah mengesahkan kematian.

Ribut petir pada petang Ahad menyebabkan banyak pokok tumbang di seluruh pusat bandar.

Tinjauan wartawan mendapati bahawa pokok-pokok besar telah tumbang di Jalan Syed Putra dan Jalan Damansara.



Akses ke Jalan Hose, Jalan Bellfield dan Jalan Kg Attap telah tersekat kerana pokok-pokok yang tumbang.




Sementara itu di Stadium Negara, lokasi persembahan tattoo oleh PDRM turut menerima kesan sama.


Angin kencang petang tadi mengakibatkan struktur lampu dan binaan persembahan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top