Nuffnang

TERANIAYA!!! BANK ISLAM, JANGAN MALUKAN NAMA DAN MARUAH AGAMA!!!



Wang gaji dikumpul dan disimpan dalam sebuah bank yang menggunakan nama Islam akhirnya hilang begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan yang kukuh dari pihak bank.

Mangsa, Erman Syah Abdul Hamid, tidak dapat menerima hakikat bahawa wang yang dimasukkan dalam akaun Bank Islam itu dikumpulnya sejak beberapa tahun yang lalu untuk perbelanjaan di Tanah Suci.


Baca luahan hati mangsa penipuan Bank Islam yang menganiaya pelanggannya di bawah:

Bank Islam - Bukan Bank Pilihan Saya


Sebagai seorang pengguna beragama Islam, saya amat berbesar hati dan teruja menjadi pelanggan sebuah bank yang mempunyai perkataan "Islam" pada namanya. Mesti gah dan tidak menyusahkan pelanggan dan serba-serbinya baik berbanding bank lain yang belum tentu 'shariah-compliant'.


Tetapi apa ada pada nama? Bukan sedikit orang atau organisasi meletakkan perkataan Islam pada nama organisasi mereka tetapi menjadi topeng untuk melariskan bisnes mereka.


Pertengahan tahun ini, saya membuka akaun semasa di Bank Islam setelah mempunyai akaun simpanan dan akaun pembiayaan peribadi sejak beberapa tahun lepas. Barulah tembelang Bank Islam terbongkar. Cek berjumlah 5 digit, hasil kerjaya selama setahun tanpa dipastikan sebabnya telah 'hilang'.


Pelik., setelah kira-kira 3 minggu cek dimasukkan, tiada panggilan dari bank diterima menyatakan cek bermasalah. Jadi, saya dengan yakin mengeluarkan cek persendirian tidak melebihi amaun yang ada di dalam akaun simpanan. Alangkah terperanjatnya kedua-dua cek saya adalah cek tendang!


Bank Islam bila dihubungi bermati-matian menyatakan saya tidak memasukkan cek ke Bank Islam. Hanya setelah saya memeriksa dengan syarikat pengeluar cek, menyatakan cek sudah lama ditunaikan dan saya akan membuat aduan ke Bank Negara seandainya cek masih hilang, barulah menggelabah kakitangan bank menyatakan cek memang sudah ditunaikan tetapi tidak dimasukkan ke akaun saya.


Jawapan apakah ini? Jika saya ada bisnes besar tidak mungkin saya perasan kehilangan wang sebegitu kecil. Tetapi kerana kerjaya cuma makan gaji, maka apa yang diperolehi amat berharga.


Bukan itu sahaja bala dikurniakan oleh Bank Islam kepada pelanggannya. Saya ketika itu cuma menghitung hari untuk ke Tanah Suci. Dengan jelas dan terang saya memberitahu satu cek tersebut adalah untuk dimasukkan ke akaun simpanan saya supaya menjadi belanja di Tanah Suci. Tetapi bila di Tanah Suci, wang di dalam akaun cuma seratus lebih.


Dua bulan 'menghambat' bank Islam dan aduan ke Bank Negara sudah pun dibuat, saya meminta permintaan khas kerana kepayahan yang di'hadiah'kan kepada saya ini, kurangkanlah faedah ke atas pinjaman peribadi saya. 

Adakah kesusahan ini disebabkan kesilapan saya. Tetapi dengan angkuh dan tidak rasa bersalah, Bank Islam membalas email saya menyatakan kadar faedah pinjaman TIDAK DAPAT dikurangkan. Malah dicadangkan membuat pinjaman lagi dengan Bank Islam.


Jadi ... SEGALA KESUSAHAN YANG DITERIMA OLEH SAYA KERANA KESILAPAN BANK ISLAM ADALAH PERCUMA??????


Untuk sahabat yang membaca status ini, jadikan iktibar. Dewasa ini, perkataan ISLAM didalam organisasi adakalanya cuma pelaris bisnes, semangat ISLAM tidak dijiwai dan diterapkan. Janji untung, agama boleh dijual-beli.


Jika tidak keberatan, mohon SHARE dan VIRALkan.
Jika rasa tidak perlu, saya tidak memaksa. Saya berharap anda semua mengambil iktibar....

Kredit Erman Syah




Bagaimanapun, mangsa telahpun mendapat kembali wangnya yang 'dihilangkan' oleh tersebut. Itupun setelah didesak berulang-ulang kali.

"Saya dah serik berurusan dgn Bank Islam Lisa. Tak sangka nama Islam tp perangai Yahudi. Dan takde faedah berlembut juga memandangkan seantero Malaya ni ada masalah dgn Bank Islam. Saya akan bayar segala hutang-piutang tg saya akan pastikan kawan2 saya tak tertipu dgn kulit Islam bank Islam ni." katanya. 


Share this article

6 Komen:

  1. Masalah bila entiti berjenama Islam tp yg melaksanakannya tidak berjiwa Islam.

    BalasPadam
  2. hahahhaahahahahah tu psl la bimb ni kaki auta,staff nye bnyk jd toyol..aku sndiri pnh kene tetiba duit lesap dlm 1jam..tup2 ada balk slps ugut nk bwak ke bnm dn polis!BIMB mmg paling bnyk toyol!

    BalasPadam
  3. Memang bangang bank islam ni. Sebab diorang la aku terlepas untuk dapat rumah. Masa hantar borang cakap ok xde masalah. Semua boleh buat. Lepas 4 bulan, xsiap2 ag. Call je baru nak cakap ade mende xboleh ade dokumen plak kena tambah. Masa xboleh tu xnak beritahu terus. Orang call lepas 4 bulan baru nak cakap. Siap mintak payslip baru. Cakap jela ko ckit pn xproses lagi borang tu. Dah owner tu cari org lain dh. Bodo punye bank.

    BalasPadam
  4. Tu sume kerja org dalam Bank Islam gek ... ramai yg pecah amanah ... suka belit customer mcm ular sawa. Sy pon terkena juga ... tgh berkira2 utk buat laporan pd pengurus cawangan ...

    BalasPadam
  5. Bank islam ni sama macam parti islam semalaysia, namanya islam tapi menipu macam yahudi.

    BalasPadam
  6. Staff bank Islam Mmg bahalul,aku pun terkena masa nak beli rumah.....borang dah isi....smp dh bg pas tu dia kata proses Dlm masa 2 minggu....tunggu punye tunggu da sebulan.....xder cal langsung dr bank...aku pun call bank Islam ni Balik nak tanyer mcm mana loan.....dgn bangganya dia jawap smp x bg macam mana nk submit loan.....tu lah jawapan yg buat kepala aku mcm nk pecah mikirnye.....bila aku g bank nak tengok Balik borang yg aku bg skali ngan smp tu dia kata x der pun borang tu,aku suh dia cari kat meja staff yg aku bg borang tu dulu.....cari nye cari....jumpa lak siap ngan smp skali,bole kata sorry la saya x perasaan borang tu ade kt sini......kena maki ngan aku sebakul,puas hati aku.bank Islam bodoh

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top