Nuffnang

LAGI KEMATIAN BAYI DI PUTRAJAYA!!! TASKA YANG SAMA!!!



Perkongsian tragedi :

Aku cadangkan hukuman MATI kepada pengusaha taska.. Sebab lalai dan menyebabkan kematian seorang bayi.. Dan satu lagi, memberi kerja yang sememangnya sukar dibuat.. 

Bayangkan 5 orang nak jaga 30 baby.. Gila ke apa.. Nak untung ke nak membantu.. Tapi biasanya kerajaan slowpoke skit bab gini.. Kalau bab politik, ke lubang cacing dicari.. 

Hak tuiii laaa... Dah berapa ramai bayi yang meninggal disebabkan penjaga taska yang lalai.. 

Apa tindakan ?

Kronolgi Ringkas Kes:

Pukul 7:05 pagi : 

Muhamad Zamri Anuar dan Nafisah Ahmad Jauhari telah hantar bayi Nur Imna Khalisa ke Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11.

Pukul 5:45 petang : 

Pada mulanya, hanya Nafisah Ahmad Jauhari dan anaknya Muhamad Zikri Rayyan berumur 5 tahun yang masuk ke premis taska Permata Bonda itu untuk mengambil semula bayi Nur Imna Khalisa. 

Manakala Muhamad Zamri Anuar dan seorang lagi anak prempuannya, Nur Airis Khadijah berumur 4 tahun tunggu di dalam kereta yang mana hanya sekitar 10 meter sahaja daripada taska Permata Bonda Presint 11 Putrajaya itu.

Tiba-tiba, Muhamad Zamri Anuar (34 tahun) dan isteri, Nafisah Ahmad Jauhari (32 tahun) melihat bayi Nur Imna Khalisa agak kaku dan kebiruan apabila sampai ke premis Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11.

Bayi Nur Imna Khalisa dilihat dalam keadaan terlentang di dalam tempat bayi dan terdapat semut di leher dan dadanya. Pada keseluruhan badan bayi Nur Imna Khalisa ada tanda gigitan semut pada bahagian belakang badan, telinga dan bahagian mata serta hidung berdarah, juga belakang kelihatan berbirat. 

Difahamkan Bayi Nur Imna Khalisa ditinggalkan begitu sahaja tanpa penjagaan dan pemantauan sejak dari pukul 3 petang. Bayi Nur Imna Khalisa tidak minum susu sejak pukul 3 petang lagi. Difahamkan bayi Nur Imna Khalisa telah meninggal dunia antara pukul 3 petang – 4 petang.

Pada ketika ini, kes kematian Nur Imna Khalisa meninggal dunia ini masih menunggu keputusan autopsi yang bakal mengambil masa yang agak lama sekitar 8 minggu. Moga dipermudahkan segala urusan. Insyaallah. Amin.

Informasi mengenai Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11

- Mempunyai 5 pengasuh.
- Menjaga seramai 33 kanak-kanak (9 bayi dan 6 transit selepas sekolah)
- Seorang pengasuh telah ambil cuti sakit pada hari kematian Nur Imna Khalisa
- Taska Permata Bonda terus beroperasi seperti biasa sehingga ke hari ini
- Ibu bapa terus menghantar anak mereka seperti biasa
- Pengusaha taska, Puan Noraini Binti Mat dikatakan telah menghilangkan diri pada ketika ini tanpa berjaya dikesan 

- berita semasa
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top