Nuffnang

WOW!!! TUN M SOKONG AZMIN TU....



Bulan lepas mantan Perdana Menteri ini telah menghangatkan suasana politik negara apabila secara terbuka telah menarik sokongan beliau ke atas Perdana Menteri kita, Dato Sri Najib Razak.


Tun hari ini pula menyatakan sokongan terhadap Azmin Ali sebagai Menteri Besar baru Selangor. Apakah sebenarnya pendirian dan asas sokongan Tun, seorang tokoh yang amat disegani dan dihormati baik dalam mahupun di luar negara.

“Saya harap bila dewan negeri bersidang, majoriti akan sokong Azmin.

“Jika tidak, akan ada undi tidak percaya dan Selangor haru-biru nak cari menteri besar baru,” katanya ringkas kepada pemberita dalam majlis Proton di Shah Alam.

Walaupun telah dipilih oleh sultan Selangor, kedudukan Azmin masih boleh dicabar melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bersidang pada November ini.

Azmin sebelum ini bukanlah pilihan PKR yang mencadangkan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sementara itu, Mahathir hari ini enggan mengulas panjang berhubung keputusan Azmin mengurangkan bilangan exco PAS dalam pentadbiran negeri.

“Perkara itu hak MB, sama ada beliau hendak menambah atau mengurangkan. Beliau boleh lakukan apa yang beliau fikirkan sesuai.

“Tidak semestinya beliau kekalkan exco hanya kerana pentadbiran lama berbuat demikian,” katanya
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top