Nuffnang

GANTUNG BARUA!!! PEMUDA PKR KECAM PAS!!!



Pemuda PKR menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan PAS menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun.



Naib Ketua Pemudanya Fahmi Fadzil berkata, walaupun PAS berhak melakukan demikian mengikut perlembagaan parti, beliau mempertahankan tindakan Saari dan Hasnul yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, tindakan itu adalah satu langkah demokratik dalam usaha merungkaikan masalah krisis menteri besar Selangor.

"Ia juga satu langkah berani yang mengukuhkan ukhuwah di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) serta mengangkat semangat tahaluf siyasi dalam kerangka kerjasama PR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saari dan Hasnul pada 15 Ogos lalu menyertai 28 Adun PKR dan DAP Selangor menyatakan sokongan mereka terhadap Adun Kajang Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor dan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Saari dan Hasnul sepanjang tempoh penggantungan itu dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti, seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.

"Pemuda PKR berharap kedua-dua Adun tersebut akan terus istiqamah dalam usaha tajdid dan islah demi politik Malaysia yang lebih baik," kata Fahmi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang media terdahulu hari ini berkata, dua Adun terbabit mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat rayuan.

"Mereka boleh merayu berdasarkan Fasal 83(4)(5) Perlembagaan PAS pindaan 2011," katanya.

Katanya, rayuan bertulis boleh dibuat kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama, badan yang mempunyai kuasa untuk membuat kata putus, melebihi kuasa Jawatankuasa Pusat.

Mesyuarat hari ini dipengerusikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan.

Hadi dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor bulan lalu mengecam tindakan kedua-dua Adun itu, malah menggelar mereka sebagai “barua”.- tmi
Share this article

4 Komen:

  1. PRESIDEN TERGAGAP CAKAP PUN NAK SOKONG.

    KALAU YOU STUPID, JANGAN AJAK ORANG PUN JADI STUPID. !!

    BalasPadam
  2. PAS tak akan desak supaya mangkuk PKR itu dikenakan tindakan. Patutnya Nik Aziz beri pingat kepada mangkuk PKR itu kerana telah berjaya membuktikan bahawa PAS hanyalah beruk mak yeh dan pecacai tahap paria di dalam Pakatan Rakyat di mana hanya layak jadi balaci dan dimaki hamun serta diperlakukan seperti sampah sahaja oleh pimpinan dan ahli-ahli DAP dan PKR.

    Padan muka PAS, dah kena layan macam paria pun masih tak sedar diri, tahaluf siyasi konon, tapi dah kena tolol oleh DAP sahajalah para pimpinan PAS sekarang ini, mana berani buka suara tegur DAP dan PKR secara terang-terangan, dasar paria hanya akan layak dilayan seperti itu sahajalah.

    BalasPadam
  3. Ada berani Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat untuk mempertikaikan mengapa dipecat Khalid Ibrahim dari PKR pula?

    Pemuda PAS pun dah jadi kerbau kena cucuk hidung, dah jadi paria kepada PKR dan DAP, mana berani buka mulut untuk pertahankan PAS kerana PAS hanya diperkudakan dan dipergunakan tanpa ada seorang pimpinan PAS yang berani untuk berhadapan dengan DAP dan PKR selama ini, semuanya dah diperkudakan dan dipercacaikan sampaikan dengan begitu mudah PKR dan DAP masuk campur hingga membuat keputusan untuk dibacakan oleh Presiden dan Mursyidul Am PAS, mereka berdua tukang baca sebab dah jadi pecacai DAP dan PKR sekarang ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betapa kesiannya PAS...kononnya sebuah parti Islam...menangis, datuk Asri, melolong ustaz fadhil noor dalam kubur...kerana sedih melihat betapa hancurnya MARUAH Parti PAS sekarang yang dipimpin oleh dua ekor manusia iaitu Mursyidul Am dan Presiden PAS yang tidak mempunyai kredibaliti sebapai manusia yang berMARUAH..sampaikan orang luar bolih mempertikaikan kenapa dua ekor manusia yang menyokong wan jijah kipas digantung keahlian dalam PAS...kenapa PAS tidak berani mempertikaikan PEMECATAN KHALID IBRAHIM dari PKR...
      Mungkin saya lupa yang Nik Ajis dan Hj Hadi dah takde telor .
      Parti PAS tidak bersalah tetapi kedua manusia inilah yang menjadi pengakibatnya....Celaka lah engkau kedua spesis manusia yang tidak berpijak dibumi nyata.

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top