Nuffnang

PALSU DAN FITNAH??? DOKUMEN LANGKAH KAJANG CUBAAN SABOTAJ?




KENYATAAN MEDIA
20 Ogos 2014


DOKUMEN "LANGKAH KAJANG" YANG SEDANG DISEBAR ADALAH PALSU DAN FITNAH



Saya mendapat beberapa panggilan dan notifikasi pagi ini berkaitan satu dokumen kononnya ditulis oleh sdr Rafizi Ramli, pengarah strategi KEADILAN, berkaitan "Kajang Move/Langkah Kajang".



Saya mengesahkan bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan fitnah.


Malah, sesiapa sahaja boleh membaca laman blog sdr Rafizi sekitar waktu "Langkah Kajang" dimulakan dan akan mengesahkan bahawa beliau sendiri merujuk kepada strategi ini dengan nama "Serampang Kajang": http://rafiziramli.com/2014/01/serampang-kajang-selangkah-ke-putrajaya/



KEADILAN mengecam tindakan sebaran maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab oleh musuh-musuh politik kami. Usaha sebaran fitnah sebegini membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang, dan musuh-musuh politik KEADILAN enggan berentap di tahap idea dan konsep, tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN



Walaubagaimanapun.....dipercayai (sumber dalaman) bahawa perkara ini melibatkan individu atau pemimpin PKR yang tidak berpuashati dengan tindakan-tindakan pemimpin PKR ketika ini.

Sama-sama kita lihat perkembangan seterusnya berhubung isu ini.
Share this article

4 Komen:

  1. Kalau tak benar, sila buat laporan polis. Jika takde tindakan dari pihak PKR, terbukti kata-kata Fahmi hanyalah satu penafian tanpa fakta

    BalasPadam
  2. Fahmi PEMBOHONG BESAR kononnya rafizi menamakan strategi ini sebagai 'Serampang Kajang'

    Jika dilihat kepada pautan ke blog Rafizi yang Fahmi berikan ia bertarikh 30 Januari 2014, tetapi dalam blog yang sama bertarikh 7 Ogos 2014, Rafizi telah menulis perkara berikut:

    "Rundingan menyelesaikan tuntutan hutang di luar mahkamah dipercepatkan selepas KEADILAN mengumumkan Kajang Move pada 28 Januari 2014. Sebelum pengumuman dibuat, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim telah terlebih dahulu dimaklumkan keputusan dan permintaan parti pada 26 Januari 2014 supaya beliau berundur dan beliau menyatakan persetujuan kepada keputusan parti itu"


    MEMANG SAH PENCACAI DAN PEMIMPIN PKR ADALAH PEMBOHONG DAN PENIPU RAKYAT YANG NYATA... KANTOI..!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. Nafi macam ni, budak sekolah rendah pun boleh buat.

    Kenapa masih guna nama KEADILAN ya? Bukan ke parti keadilan dah tak wujud?

    Si Fahmi ni dari parti keadilan yang dah pupus atau dari Parti Keadilan Rakyat?

    BalasPadam
  4. bukan fahmi fazil je dlm ofis tu! diam2 ubi berisi,yg hak berdiri yg batil akn lenyap-saiful

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top