Umum mengetahui betapa hubungan antara PAS dan UMNO amat sukar untuk disatukan walau pelbagai usaha atau inisiatif telah diambil oleh pemimpin kedua-dua pihak.
Namun kematian ADUN Pengkalan Kubor telah melihat garisan pemisah untuk penyatuan antara mereka berjaya dipadamkan.
Jenazah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, merangkap Ketua Bahagian Tumpat, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa jam 10.15 malam melalui penerbangan MAS MH 377.
Selain pemimpin UMNO, MB Kelantan Datuk Ahmad Yaakob kelihatan turut hadir menyambut ketibaan jenazah yang diuruskan oleh pihak tentera.
Agak aneh bunyinya apabila hanya kematian yang mampu menyatukan bangsa kita untuk bersama-sama menghadapi saat sukar seperti ini. Di mana silapnya?
Sisa sisa golongan ASWJ yg masih tinggal dlm PAS. Cer perati betul betul, geng geng liberal, wahabi-khawarij, syiah, ada tak ? Geng geng wahabi-khawarij, syiah, liberal, tak anggap org UMNO sbg sedara seagama.
BalasPadamItu sebenarmnya. Matikan diri kamu sebelum kamu dimatikan. Itu penyatuan hati sebenar oleh Allah. Faham olehmu. Tanyalah ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui.
BalasPadamPAS golongan liberal, syiah dan wahabi shj yg bermusuh dan tidak mahu mendekati UMNO. begitu juga di Selangor kelmarin hanya ADUN PAS pro ulamak shj bersama2 ADUN BN menyambut jenazah MH17
BalasPadam