Nuffnang

Hebat...Hebat Anak Muda, Pelajar UiTM Melaka Ini!!




Perumpamaan itu sangat tepat kalau digambarkan kepada para pelajar universiti yang cukup terpikat dengan gaya rebelious Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim pada zaman pelajarnya dahulu merupakan seorang yang keciciran tetapi mendapat tempat di universiti yang tidak seberapa bilangannya kerana politik bapa dan ibunya, berjaya membentuk dan melahirkan lebih ramai pelajar universiti keciciran yang melindungi ketidakupayaan mereka itu menerusi kegiatan politik.

Sekumpulan pelajar UiTM Melaka yang diketuai oleh seorang pelajar dari Fakulti Pengajian Pengurusan Sains dan Polisi, AHMAD DANISH HAIRUDDIN akan menganjurkan dan melancarkan Majlis Mahasiswa Keadilan Negeri pada 29 April 2014 nanti di Hotel Seri Malaysia. (Maklumat dari BULETIN 247)






Berdasarkan maklumat, Ahmad Danish Hairuddin yang beralamat di No.24, Jalan Seri Banang 14, Taman Seri Andalas, Selangor dan berusia 23 tahun dan pelajar pengambilan semester kedua tahun 2011/2012, merupakan seorang yang sangat aktif dalam kegiatan politik tetapi sangat keciciran dalam bidang akademik. UiTM merupakan pilihannya setelah keputusan SPMnya hanya cukup-cukup makan.

Pada ketika para pemimpin masyarakat Cina menggalakkan anak-anak Cina agar memberikan tumpuan kepada pelajaran bagi mengubah status PTPTN mereka kepada biasiswa, nampaknya para pemimpin masyarakat Melayu, khususnya dari PKR dan PAS, bertungkus lumus berceramah dan membakar emosi agar para pelajar Melayu pula, aktif dalam politik, berdemonstrasi dan mendesak agar PTPTN dihapuskan dan mereka diberikan wang percuma untuk pelajaran yang sebenarnya tidak mereka minati selain daripada berpolitik dan menjadi macai bagi tujuan demonstrasi dan huru-hara.




Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top