Nuffnang

PANASS!!! DAP Dah Tunjuk Taring, Khalid Ibrahim Bakal Dipecat!!!




Nampaknya DAP dah mula main peranan dalam pemilihan PKR kali ini.

Terbaru, Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau lebih dikenali sebagai YB Jeff Ooi hari ini secara terbuka menemplak Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim berkenaan krisis air di dalam laman sosial Facebook beliau. Beliau turut menggunakan bahasa tidak sopan sebagai Ahli Parlimen yang meminta agar TS Khalid Ibrahim dipecat seraya menggunakan ayat "Sack that bugger".

Perkembangan ini nampak menarik dengan apa yang berlaku semalam apabila Anwar Ibrahim telah menarik diri dari pencalonan Presiden PKR menjadikan isteri beliau, Wan Azizah kekal sekali lagi sebagai Presiden PKR. Mungkin ada perancangan sulit untuk menjatuhkan TS Khalid Ibrahim dari kerusi Menteri Besar Selangor serta menaikkan ADUN Kajang yang baru dipilih ini.

Keduanya, saranan YB Jelutong ini ada juga asasnya. Cumanya, tidak boleh sekadar menghalakan senjata terhadap TS Khalid seorang diri menghadapi krisis air. Sekiranya betul beliau perlu dipecat, barisan EXCOnya termasuk dari parti DAP sendiri wajib dipecat juga. Persoalannya, siapa yang boleh memecat TS Khalid Ibrahim? Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam parti atau isterinya Presiden PKR? Jangan lupa TS Khalid Ibrahim mempunyai kuasa yang amat ampuh iaitu membubarkan DUN Negeri Selangor dengan perkenan Baginda Sultan Selangor.


Share this article

1 Komen:

  1. Kan ini Klalid Ibrahim yang sama dengan "budak suruhan" dalam drama "The Morning Raid" terhadap Guthrie. Nampaknya Khalid Ibrahim tetap jadi budak suruhan DAP lah pulak. Sungguh malang nasib Khalid Ibrahim. Lari dari mulut harimau masuk mulut buaya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top