Nuffnang

CINA "DIISTIMEWAKAN?" PDRM : Antara Kouta VS Keselamatan

Memilih kerjaya sebagai anggota polis bukanlah satu kerjaya yang 'so-so' dan dipandang lekeh pada waktu ini memandangkan gaji sorang anggota polis berpangkat rendah saja boleh mencecah sehingga RM3,000 sebulan termasuk elaun.

Banyak pihak tidak bersetuju dengan tindakan PDRM melonggarkan syarat khas bagi kaum cina untuk menjadi anggota Polis dengan alasan 'murahan' untuk menarik minat mereka. Apabila kelonggaran ini diberikan kepada kaum tertentu, ia dilihat sebagai tindakan yang tidak adil dan boleh merendahkan martabat dan kerjaya unit beruniform itu sendiri.

Sekiranya gaji anggota Polis dinaikkan atau kelayakkan untuk menyertai badan beruniform itu diturunkan serendah-rendahnya kerana mahu menggalakan penyertaan kaum ini, pastinya kaum Cina melalui anak mudanya tetap tidak berminat menjadi anggota Polis atas sebab-sebab tertentu.

Menjadi sebahagian dari pasukan keselamatan negara seperti polis dan tentera bukan hanya boleh didorong dengan tangga gaji yang tinggi atau kelayakkan paling minima, tetapi ia perlu datang dengan semangat dan minat yang mendalam serta kerelaan hati untuk menjaga keamanan negara dan ini termasuk sanggup mengadai nyawa diri sendiri demi keselamatan orang lain.

Kerana itu kita dapat lihat dalam lakonan drama tv atau pun kehidupan sebenar terdapat 'polis baik' dan 'polis jahat'. Akibat inilah yang akan ditanggung masyarakat sekiranya orang tidak berkelayakkan dipilih dan diberi tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.



Galak Penyertaan Kaum Cina: PDRM Longgar Syarat


Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melonggarkan beberapa syarat pengambilan selain mengkaji aspek penambahbaikan perkhidmatan bagi menarik penyertaan lebih ramai kaum Cina dalam pasukan keselamatan itu.

Bermula tahun ini, PDRM menyasarkan penyertaan kira-kira 5,000 pegawai berpangkat rendah dari kaum itu, secara berperingkat.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata PDRM juga berkemungkinan mengkaji semula aspek gaji, peluang kenaikan pangkat dan sebagainya bagi menarik penyertaan kaum itu.

“Kita sasar penyertaan kira-kira 5,000 kaum Cina secara berperingkat sebab kita perlu melihat tentang kapasiti dan juga keperluan kita dalam memberikan latihan-latihan kursus dan latihan asas,” katanya kepada pemberita selepas tamat Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 2/2013 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini, hari ini.

Beliau berkata bilangan kaum Cina berkhidmat dalam PDRM ketika ini hanya 1.87 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja PDRM.

Mohd Bakri berkata pihaknya juga telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menarik penyertaan kaum Cina, yang akan menjalankan program penerangan mengenai kerjaya dalam PDRM kepada kaum itu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan) Bukit Aman ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata sesi pertama pengambilan konstabel baharu tahun ini akan dibuka mulai Isnin ini.

Katanya, kelonggaran syarat bagi kaum Cina adalah hanya perlu lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus keputusan V/6/9 dalam ujian penglihatan mata atau dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.

“Syarat kemasukan sebelum ini buat kaum Cina iaitu perlu kepujian Bahasa Malaysia…jadi kita mempertimbangkan keadaan (kelonggaran) ini khas untuk kaum Cina,” katanya dalam sesi wawancara Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel bagi Mengalakkan Penyertaan Kaum Cina dalam Kerjaya PDRM Tahun 2014, di sini.

Menurut Saiful, kelonggaran itu harus dibuat kerana nisbah keanggotaan PDRM ketika ini tidak seimbang antara kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain.

“Berdasarkan statistik sehingga 31 Disember tahun lepas, keanggotaan didominasi oleh kaum Melayu dengan sejumlah 90,156 orang, India (3,659), Cina (1,974) dan selebihnya lain-lain kaum,” katanya.

Beliau berkata kekurangan kaum Cina dalam PDRM didorong beberapa sebab antaranya gaji dianggap masih rendah dan ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka menyertai PDRM.

“Diikutkan kajian, ramai daripada mereka tidak tahu gaji konstabel kini boleh mencecah RM3,000 sebulan termasuk semua elaun,” katanya.

Bagi pengambilan bermula Isnin ini, borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web PDRM di www.rmp.gov.my dan borang yang telah lengkap diisi dihantar ke balai-balai polis berdekatan atau ke Unit Perjawatan Pengambilan di Bukit Aman. - BERNAMA

Share this article

1 Komen:

  1. Sejak PRU13, ramai Cina tetiba menunjukkan minat untuk menyertai RELA, dan mereka nyata menjadi talibarut dan ejen PR yang berkesan semasa gerakan menjelang PRU lepas. Sebahagian dari mereka bebas keluar masuk PDM BN selain menyertai aktiviti masyarakat anjuran BN...memang kemas strategi Tsunami Ini Kalilah yang lepas.

    Aku bukan rasis tapi prejudis terhadap Cina DAP.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top